“Tidak adil untuk kita membenci seseorang itu sekiranya kita belum pernah berjumpa dengannya”.
Demikian kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang merupakan salah seorang individu yang membeli buku ‘Biografi Rosmah Mansor’ hari ini.
Menurut Choo Keong, sebagai manusia yang ingin mengetahui perkara sebenar beliau merasakan terdapat keperluan untuk dirinya membeli buku berkenaan bagi mengetahui perkara sebenar mengenai isu-isu serta kontroversi berkaitan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Katanya, rakyat tidak boleh bergantung dengan apa sahaja yang disajikan oleh media massa terutama sekali media siber kerana tidak semuanya memaparkan cerita-cerita yang benar.
“Buku ini memberi maklumat kepada orang awam supaya mereka lebih kenal dengan pasti siapa sebenarnya Rosmah.
“Kita tengok di media siber terutamanya banyak yang mereka ‘spin’..macam-macam tuduhan yang telah dilemparkan,” katanya.
Choo Keong menambah, sebagai rakyat beliau juga mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar lantas buku berkenaan mungkin boleh menjawab segala persoalan berkaitan isu-isu yang hangat diperkatakan mengenai Rosmah.
Menurut beliau, kebanyakan individu-individu yang membuat tuduhan serta marah dengan Rosmah sering kali percaya apa sahaja yang disajikan oleh media-media di alam siber.
“Kebanyakan orang yang buat tuduhan dan marah pada Rosmah, bila kita tanya pernah jumpa Rosmah ke sebelum ini..ramai yang jawab tak pernah.
“Macam mana kita boleh marah dan membenci seseorang tanpa pernah berjumpa dengan individu itu, bermakna ini tidak adil lah.
“Bila kita tidak pernah jumpa seseorang dan kita terus buat keputusan sama ada orang ini baik ke atau jahat… kita kena jumpa orang itu dulu dan kemudian barulah buat keputusan siapa dia dan ini baru adil,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perlancaran Buku ‘Biografi Rosmah Mansor’ petang tadi.
Menurut Choo Keong lagi, sememangnya menjadi ragam rakyat Malaysia yang lebih gemar mempercayai sesuatu perkara tanpa berfikir atau selidik terlebih dahulu.
Apabila ada kontroversi berkaitan orang-orang ternama maka sebagai individu yang berfikiran normal, Choo Keong merasakan beliau perlu mengtahui perkara sebenar tanpa mendengar tuduhan sebelah pihak sahaja.
“Saya rasa orang, kalau berminat memang dia sanggup beli, baca dan ambil tahu..tapi bagi orang-orang tertentu, kalau jual RM20 pun dia belum tentu nak beli.
“Sebab apa dia tak nak beli…kerana dia percaya fitnah sahaja.
“Tetapi bagi pengundi atas pagar yang ada pendidikan memang dia nak nak baca… nak tahu sendiri siapakah sebenarnya Rosmah ini.
“Ramai lagi rakyat nak tahu siapa Rosmah ini selain dari isteri kepada Perdana Menteri,” tambahnya.
Katanya lagi, pada masa sekarang pelbagai fitnah dilempar untuk mencemarkan imej Rosmah dan sekaligus menjejaskan imej Perdana Menteri.
Jelas beliau, oleh kerana golongan berkenaan tidak dapat mencari kelemahan dari segi polisi dan dasar negara lantas mereka menjadikan populariti sebagai perjuangan politik.
“Bagaimanapun mereka akan buat sesuatu kerana populariti Najib dan Rosmah semakin hari semakin kuat,” katanya.
+ comments + 6 comments
BAGUS TINDAKAN WEE CHOO KEONG DGN MEMBELI BUKU BIOGRAFI TETNTANG ROSMAH SUPAYA SEGALA KEMUSKILAN TERJAWAB DLM BUKU TERSEBUT, TAK BAIK MENUDUH SESEORANG JIKA KITA TIDAK TAHU AKAN CERITA SEBENARNYA. SEPATUTNYA RAKYAT LAIN JUGA PATUT MEMBUAT TINDAKAN YG DILAKUKAN OLEH CHOO KEONG NI BARULAH KRG TAHU SIAPA SEBENARNYA ROSMAH INI.
wee choo keong ni mmg bijak tindakannya itu dgn membeli buku utk mengetahui perkara sebenar cerita tentang ds rosmah nie, dlm buku tersebut segala tuduhan dijawab oleh ds rosmah satu persatu.
aku harap sesiapa yg membenci rosmah selama ini wajib membeli buku tersebut seperti yg dilakukan oleh woo choo keong nie kerana segala fitnah dan cerita keburukan rosmah dapat dijawab di dlm buku tersebut. buku ini juga ada menceritakan segala kegiatan yg dilakukan oleh rosmah dlm sepanjang penghidupannya sehingga ke hari ini. so pada siapa yg nak tahu cerita sebenar silalah beli buku tersebut sebelum nak menilai rosmah ni baik atau pun jahat ye.......
Wee choo keong mmg mempunyai fikiran yg sgt betul..klu lah semua org berfikiran mcm diakan bagus mesti aman je negara kita ni..mxde lah ramai yg suka bt fitnah tanpa fakta dan menghasut2 org dgn cite2 dogeng ygvdia sendiri pun tak tau benda tu betul ke tidak kan.....
Kepada pukimak2 yg suka bt fitnah tu beli lah buku tu cpt2 baca dulu tau fakta baru cakap lah...ni takat sembang taik je baik tak payah...
aku stuju apa yg bekas orang kanan jijah omega nie ckp kita belum kenal hati budi se seorang jaganlah kita menuduh dia dengan pelbagai fitnah jahat.... nie x aku tengok para pencacai2 pakatan harami nie kenal rosmah pun x tp duk fitnah mcm2 terhadap rosmah bg aku para pencacai2 pakatan harami nie tahap pemikiran nyer amat rendah dan apa yg anwar ckp smua nyer betul....padahal anwar la bapak segala pembohongan d malaysia nie....
Post a Comment