Label 10

Home » , , , » Terkini Selangor !! Menteri Besar Ada Video Basah ?!!

Terkini Selangor !! Menteri Besar Ada Video Basah ?!!

Written By AAKJ on Saturday, March 30, 2013 | 9:30 PM



Masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor ketika ini ialah, kekurangan bekalan air terawat ekoran permintaan yang mencanak dan bukannya masalah mengurus bekalan air seperti yang ditekankan oleh pakatan pembangkang pimpinan PKR. Sering kali isu ini digunakan untuk menunding jari kepada syarikat konsesi dan kerajaan persekutuan sebagai jalan melepaskan diri ekoran kelemahan dan kegagalan urus-tadbir pakatan yang diketuai oleh Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar.

Walaupun kerajaan Pusat pernah merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, namun gesaan itu seperti mencurahkan air ke daun keladi. Malah kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif akan menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia itu bakal berdepan dengan krisis air yang teruk menjelang tahun depan.

Tambah membimbangkan krisis tersebut turut mengakibatkan perkembangan pesat ekonomi yang dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN jatuh merudum. Ia bukanlah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan persekutuan, seperti tuduhan yang dilemparkan kononnya isu dibangkitkan untuk menyerang pembangkang.

Berhubung isu ini, penulis sebenarnya berasa sangat simpati kepada rakyat Selangor khususnya yang tinggal di flat bertingkat-tingkat, apabila terpaksa mengambil air dari bawah ketika berdepan masalah terputus bekalan air pada awal tahun lalu. Banyak masa terbuang bagi mendapatkan sedikit air untuk menjalani kehidupan seharian.

Lebih mendukacitakan apabila dilaporkan lebih dari 100 syarikat yang dianggarkan bakal menyediakan 25,000 peluang pekerjaan terpaksa menarik diri daripada melabur di negeri tersebut ekoran kemelut bekalan air yang berpunca daripada dasar tiada kerjasama kerajaan negeri dengan syarikat-syarikat konsesi.

Malah sejak pakatan pembangkang mula berkuasa di Selangor 5 tahun dahulu, cubaan mengambil alih konsesi air ini, telah dijadikan agenda utamanya atas alasan syarikat tersebut merupakan kroni UMNO.

Sehingga kini, kerajaan pusat telah mengeluarkan dana sebanyak RM720 juta untuk menampung masalah air Selangor ini bagi mengelakkan rakyat terus dibelenggu dengan isu kekurangan air. Paling membingungkan, apabila Khalid enggan menerima bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Negeri Sembilan.

Sebelum ini kerajaan negeri Sembilan dikatakan telah bersedia untuk membantu membekalkan air terawat kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur atas pertimbangan menjaga kesejahteraan rakyat dan kepentingan umum.

Walaupun kesediaan untuk membantu itu tidak dibuat berdasarkan kepada pertimbangan politik kerana sudah menjadi dasar kerajaan BN yang tidak pernah memberi bantuan kepada rakyat dengan mengambil kira kaum, agama atau pegangan politik, ia tetap dipandang serong oleh pimpinan yang diketuai oleh makhluk bernama Anwar Ibrahim.

Lebih menghairankan Khalid sering mengatakan kerajaan Selangor tidak mempunyai maslaah air. Persoalannya, betul ke?.

Sekiranya isu air yang merupakan keperluan asas rakyat pun gagal untuk diselesaikan, maka ada baiknya lupakan benda-benda lain. Inilah akibatnya apabila rakyat memberi kepercayaan kepada mereka yang tiada pengalaman mentadbir negeri. Sabda nabi Muhammad SAW:

“Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat/kehancuran)” – Sahih Bukhari

Antara pengajaran hadis tersebut ialah, janganlah kita menyerahkan sesuatu urusan atau pekerjaan kepada orang yang tidak mengerti, tidak cekap, tidak jujur lalu akibatnya adalah kehancuran atau kebinasaan.

Kepada rakyat Selangor,ingatlah ini yang dikatakan manifesto bukan janji.” Disebabkan bodoh sombong Khalid akhirnya tergagap-gagap mahu selesaikanya masalah air yang melanda ini
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger