Label 10

Home » , , » Update Krisis Pengganas Sulu !! Tiga Anggota Keselamatan Di Jadikan Tebusan !! Di Khuatiri Turut Di Bunuh !!

Update Krisis Pengganas Sulu !! Tiga Anggota Keselamatan Di Jadikan Tebusan !! Di Khuatiri Turut Di Bunuh !!

Written By AAKJ on Sunday, March 3, 2013 | 1:04 AM



BERNAMA baru melaporkan, seorang anggota keselamatan terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di Kampung Selamat, Semporna jam 8 malam tadi.

Seorang pegawai polis yang dikatakan berpangkat Supritendan dan bernama Ibrahim dari Bukit Aman telah dibunuh. Manakala tiga anggota yang lain telah dijadikan tebusan dan dikhuatiri juga telah dibunuh oleh lanun-lanun Sulu.

Kampung Selamat, Semporna lokasi insiden terletak 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu di mana lanun-lanun Sulu sedang dikepung.

Menurut maklumat, lanun-lanun Sulu itu telah menyerang pasukan risikan di atas sebatang titi.

Setakat ini, Ketua Polis Negara sekadar membuat pengumuman tentang tembak-menembak di Semporna tetapi tidak memberikan sebarang details.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger