Hiba hati aakj bila dengar sendiri cerita bagaimana pertempuran yang menjadi sejarah duka negara kita..pertempuran yang menyebabkan gugurnya 6 syuhada dan terkepungnya 18 orang anggota polis dalam peristiwa serangan lahanat pengganas Kiram III d Kampung Simunul, Semporna Sabah.
Di sebalik kisah ngeri anggota kita yang gugur syahid yang semua rakyat sudah sedia maklum kita seakan lupa bahawa trauma yang d hadapi oleh 18 orang anggota polis yang d kepung lebih dari 20 jam..mereka terperangkap dalam keadaan ada yang cedera..ada yang perlu menjaga tawanan dan ada yang perlu menjaga rakan yang cedera parah..lebih hiba bila ada yang jaga sahabat mereka yang telah kaku gugur syahid.
Aakj mengambil kesempatan menemubual sendiri anggota polis yang terlibat dalam peristiwa getir itu. Sambil bercerita, aakj lihat airmata sayu mula bergenang d mata anggota polis yang terlibat pada kejadian tersebut.
Sekali sekala aakj melihat anggota polis tersebut menggenggam erat senjata yang d bawanya..geram juga katanya..malah beliau mengatakan bahawa beliau seolah-olah tidak puashati kerana ada pengganas Kiram yang berjaya melarikan diri..
Semasa kejadian berlaku, beliau melihat sendiri bagaimana sahabatnya d tembak dari arah sisi..melihat sendiri bagaimana seorang sahabatnya cedera parah d tetak hampir putus kedua tangannya..tetakan d kepala menyebabkan darah mengalir laju membasahai lantai papan yang jarang..
Terlalu sebak bila kenangkan mereka terkepung dalam suram malam..makanan tiada, peluru pun hampir habis dan sahabat yang tercedera parah mula bertanya..'lambat lagikah bantuan tiba..?"
"Bohonglah saya kalau saya kata saya tidak trauma.." itulah kata-kata yang menyentuh hati aakj..menurut beliau..siang dan malam selepas kejadian ngeri itu, beliau bersama rakan yang lain berkongsi perasaan yang sama..TRAUMA..apalagi kami bertugas d balai ini sudah lama dan masyarakat d sini mengenal kami.samada yang baik maupun penjenayah pun mungkin kenal kami..
Aakj melihat sendiri semasa aakj mengikuti program Polis memberi penerangan kepada orang kampung..baca d SINI..
Aakj lihat mereka semuanya bertopeng semasa mengawal keselamatan penduduk dan OCPD ketika ceramah d jalankan semalam..Bila d tanya kenapa memakai topeng muka..beliau menjawab, mereka perlu lindungi muka mereka mulai hari kejadian tersebut d mana saja mereka berada..bimbang juga berada d khalayak ramai dan manalah tahu ada saki baki pengganas atau talibarut Kiram III yang ingin membalas dendam...
Malah menurut beliau, ada d antara rakan mereka yang masih menggigil ketika memegang senjata selepas kejadian itu..
Tambahnya lagi..kami bukan minta penghargaan seperti syuhada atau anggota lain yang tercedera..kami dengar ada guru-guru d beri kaunseling supaya hilang trauma mereka..kerana beliau dengar ada guru yang mohon pindah sekolah..
"Kami akan kekal d sini..kami takkan berganjak maupun d tukarkan.."
"Kalau boleh kami 18 orang ini d beri kaunseling agar hilang trauma yang kami hadapi..itu saja yang kami minta.."
Saat itu aakj berjanji dengan anggota yang terlibat..insyaAllah kiranya aakj kembali ke Lahad Datu, kembali ke pusat Media maka aakj akan sampaikan hasrat ikhlas ini..
Alhamdulillah..semalam aakj dapat bertemu dengan Timbalan Ketua Polis Negara, ketika itu Tan Sri Khalid baru saja tiba ke Pusat Media Felda Residence..aakj terus sampaikan hasrat anggota polis yang terlibat dalam tragedi Simunul, Semporna..
"InsyaAllah..good idea..terima kasih..kita akan ambil perhatian serius.."
spontan keluar dari mulut Tan Sri..Alhamdulillah sahut aakj..terima kasih Tan Sri..mudah-mudahan moral anggota polis kita sentiasa d tahap yang amat tinggi..
spontan keluar dari mulut Tan Sri..Alhamdulillah sahut aakj..terima kasih Tan Sri..mudah-mudahan moral anggota polis kita sentiasa d tahap yang amat tinggi..
Kepada Abang-Abang Wira Simunul..semoga anda semua baca apa yang aakj tulis ini..Aakj doakan anda semua d tenangkan hati oleh Allah swt..
Kepada Tan Sri..aakj ucapkan terima kasih kerana perihatin kepada semua anggota polis d bawah Tan Sri..
Kepada Rakyat Sabah..anda orang baik-baik..berilah kerjasama yang sebaiknya kepada mereka..ada d antara anggota polis bukan orang Sabah..tapi mereka jaga keselamatan semua dan mereka gugur demi pertahankan kita semua..
Kepada Rakyat Malaysia..janganlah kita lupa kepada Anggota Keselamatan kita yang tercedera maupun yang tidak cedera..mereka semua ke sana dengan satu tujuan..pertahankan kedaulatan negara kita !
Kalau ada pihak yang ingin lancarkan tabung mengenang budi dan jasa mereka..aakj ucapkan terima kasih..
+ comments + 5 comments
percayalah..mereka2 yang bertahan itu akan dihargai. kerana dengar2 ada yang melarikan diri dan membiarkan rakan2 yang 18 orang itu terkepung dan bertahan..melarikan diri dari medan pertempuran memang keji.
SAYA SARANKAN DIADAKAN SATU PROGRAM PENGHARGAAN KEPADA SEMUA ANGGOTA2 YANG TERLIBAT TERUTAMA DI LAHAD DATU DAN JUGA YANG BERTUGAS DILAIN2 TEMPAT. BUATLAH SEPERTI SATU MONUMEN DIMANA RAKYAT BOLEH TULIS UNTUK MELAHIRKAN RASA TERIMA KASIH KEPADA MEREKA. DULU WAKTU SAYA KECIL, BILA KE KL TEMPAT YANG MESTI IBU BAPA SAYA BAWA MELAWAT ADALAH TUGU NEGARA.
Bro...
Entah brapa byk airmata sy tumpah sejak tragedi LD ini, tambahan bila mengenangkan bilangan wira2 kite yg terkorban...malah bkn takat terkorban tapi jasad mrk di hina dan di seksa oleh kumpulan 'binatang' yg bertopenkan manusia...
Sendu hati mndengar usul wira2 itu, bkn utk berganjak tapi cume utk mndapat kaunseling bg mengatasi 'trauma'...mmg sesiapa yg pernah melalui peristiwa getir pasti mnghadapi saat2 trauma yg xterungkap...ya..kalo calang2 org pasti dah cabut lari balik..itu yg sy kagum...bkn minta penghargaan tapi CUME SESI KAUNSELING....semoga mndapat perhatian dari pihak yg berwajib..
Tq bro krn berkongsi citer, sbg rakyat Malaysia sy cume hanya dpt menitipkan doa wat wira2 negara khususnya juga pada negara...
Ya Allah..ko berikanlah kekuatan dan ketabahan di hati setiap wira2 yg sedang berkhidmat untuk negara...lapangkanlah hati mrk,,dan kalo bole , lupuskan memori ngeri lagi sadis yg terjadi dari bersarang di hati mrk...Lindungilah wira2 negara kami dan juga negara kami dari sebarang musibah...Sesungguhnya hnya pada Mu tempat kami memohon perlindungan dan rahmat...
Aku tak suka baca tulisan kau kali ni dlm keadaan perang masih lagi berjalan kuar sentimental, kalau aku jadi KPN tu aku tempeleng muka kau.
Jangan ada pulak temubual dan cerita fesyen camgini dgn bro-bro Komando pulak lepas ni; trauma trauma trauma aku baca
Tolong perbaiki TK
ๆๆนๅ จ้ซๆปๆๅ่้ฒ็ฆฆๅ้ปๆปฟๅ๐ฏๅ จๆธๅฏถ็ฉ่ณๅฐไปค็ๆฒๆฒ็นฉ็็็พคๅณถๅๅๆณ้ข่ขซๅค่ๆงๆฎๅฐ่ป่ถๅฟซๅ็ซๆฏๅคง่ๅฎฃๅณๅ ฑๅฐ้ก่ฟฐ๐ค️ๅคช็ฉบไบบๆก้พๆฑ็ๅ ๅๆฅ้ ๅบ๐จ่่ก่จ่ ๆ๐ไฟ็ฑๆพณ้ๅจๅฐผๆฏไบบ้ๅ ๅธ่ขๆฒๅถ๐งธ็่ตทไพ้ญๆทๅจๅฐผๆฏๅ ฑๅๅๆฒๆณไฟ้ไบบๆฐ็ๅฝ่ฒก็ขๅฎๅ จ๐ก️ๆฐธ้ ไธๆๅฟ่จไฝ ๅ้ไบๅขไผๆฟๅไธไฝ็ซ็ฅไบไธไผๆ ๅคงไบบ๐ฉ๐๐ๅฐผ็พ ๆฒณๅฅณๅ ็็ๆฅ๐็ซ็ฅ้ท็ฅๅฑฑ็ฅๆไบๅนพๅๆๅ็ไบๆทๅ ๐จ๐ฟๆๆฌ่ ้ๅ็ๅฆปๅญๆถๅซๆฎบๅฎณ็ก่พ็พๅง้ป็ๅๅผ๐ๅฆณๆ็ผ็พๅไพๅฆๆญค้้ ๅจ้ๆ่ถณ่ญๅ ถไปไบบ๐๐ทๅผๅผๅฆนๅฆนๅๅๅๆผๅบ่ฉฎ้็ ๅญ็ณ้ ญ๐ชจ่นฆๅบไพ็้ ญ่้ชจๅคๆๅฏถๅฏถๅไปๅๅฐๅชฝๅชฝๆทๆฑๅธๆ้้็ถฒ่ทฏ่ช่ญ็ๆๅๅฏไปฅ๐็ๅฏฆๅญๅจๆฑๅฎถๅญธๆ ก๐ซๅๅทๅฏ้ ้ฟๅฏๆฑๆฐ็ญๅธถๅ ฅ็พๅฏฆไธป็พฉๅๅผท็ๆฉๆๅป๐ญ้ซ่ก้ซๆๅฉๅฉ้ฌผๆป ้ฌผไธ่ฆบ้ๅฏงๅฏ้ธๆ่ชๅทฑๅๆญก็ๆฑ่ฅฟๅๅๅๅคงๅคฉ็็นๅฅๅพ ้ๅท้ ท็กๆ ๆๆ๐็ฏ็ฝช้้✅ไธ่ฎ้้✅
Post a Comment