Label 10

Home » , , » Semporna Terkini !! Anggota Polis Hidup Walau Di Tembak 3 Das !!

Semporna Terkini !! Anggota Polis Hidup Walau Di Tembak 3 Das !!

Written By AAKJ on Wednesday, March 27, 2013 | 7:30 PM




 “Luka di badan dihurung semut dan lalat, darah di muka dan tangan sudah kering, seluar dan baju jadi keras bila darah mengering, tangan kanan terkulai hampir putus selepas ditetak,” kata Inspektor Hasnal Jamil, 31. 

Menceritakan pengalaman bertempur menentang pengganas di Simunul, Semporna, beliau antara anggota barisan hadapan, berkata azab itu terpaksa ditanggung hampir 21 jam sebelum diselamatkan. 

Beliau terkena tiga tembakan, satu menembusi perut selain dua lagi di tangan kiri dan hanya dapat gunakan tiga jari tangan kiri untuk minum air hujan yang ditadah. 

Pasukannya, termasuk seorang rakan yang terbunuh dan sembilan anggota lain, terperangkap di sebuah rumah papan selepas diserang hendap sekumpulan pengganas bersenjata di Kampung Sri Jaya pada 2 Mac lalu. 

Mereka hanya diselamatkan pasukan VAT69 pada jam 5.30 petang keesokan harinya berikutan keadaan di kawasan perkampungan air itu belum selamat ketika itu. 

“Selepas ditembak saya jatuh dan cuba lari tetapi dilihat pihak musuh. Kemudian saya ditetak di kepala dan mereka juga cuba menetak leher namun saya tepis menggunakan tangan. 

“Akibatnya, parang ‘barong’ yang mereka hayun terkena tangan kanan dan kiri menyebabkan ia patah dan hampir putus,” katanya. 

Selanjutnya baca d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger