Label 10

Home » » OPS Daulat ! Pejuang Kita Gugur Syahid Di Tembak "Snipper" !!

OPS Daulat ! Pejuang Kita Gugur Syahid Di Tembak "Snipper" !!

Written By AAKJ on Friday, March 15, 2013 | 9:30 AM


Bedil sarang pengganas
Pasukan keselamatan pagi semalam mula membedil lokasi persembunyian pengganas di Kampung Sungai Nyamuk, FELDA Sahabat 22 dekat sini, menggunakan mortar. 

Bedilan bertalu-talu itu bertujuan memaksa saki baki pengganas keluar dari tempat persembunyian mereka.

Kampung Sungai Nyamuk kini menjadi sasaran pasukan keselamatan selepas pertempuran dengan kumpulan pengganas di kampung itu, Selasa lalu, mengorbankan Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pihaknya menyerang lokasi spesifik yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pengganas
di kampung itu selepas mereka melarikan diri dari Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. 
“Kita melancarkan serangan mortar dulu sebelum melakukan operasi mencari dan menggeledah.

“Bagaimanapun, sejak petang semalam (kelmarin) tiada pertempuran dengan pengganas.

“Kita percaya mereka masih bersembunyi di kampung itu,” katanya pada sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di FELDA Sahabat 16 dekat sini, semalam.

Allahyarham Ahmad Hurairah terkorban ketika bertempur dengan lima pengganas Sulu di kawasan ladang kelapa sawit di kampung itu pada jam 10.30 pagi, Selasa lalu.

Beliau yang ditugaskan sebagai ‘pointer’ iaitu anggota tentera paling depan dalam kumpulannya untuk menjejaki musuh, dipercayai ditembak penembak tepat musuh.

Allahyarham dari Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan Tawau, Sabah dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan gugur di tempat kejadian. Dua pengganas berjaya dibunuh pasukan keselamatan dalam pertempuran itu.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan kini memperkecil kawasan kepungan di Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung Batu, selain meneruskan operasi mencari dan menggeledah di Kampung Sungai Bilis dan Kampung Tanjung Labian.


-BH
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 15, 2013 at 6:55 PM

Dok pi cari, dok pi geledah, kena lagi serang hendap. Tentera sulu dah tau selok belok disitu, kpg halaman saudara-mara mereka. Yg mana tak kena mortar, dok tunggu diam2 ,sabar. Bila tentera datang masatulah dilepaskan tembakan. Berhati2lah. Kepung mereka, biar sampai mati lapar, jgn tentera yg mati. Mereka berpecah kpd kumpulan2 kecil utk lakukan serang hendap.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger