Label 10

Home » , , » OPS Daulat !! Ketua Perisik Pengganas Kiram Di Kepung Di Semporna !!

OPS Daulat !! Ketua Perisik Pengganas Kiram Di Kepung Di Semporna !!

Written By AAKJ on Monday, March 25, 2013 | 8:30 PM


Seorang pemimpin kanan dipercayai berjawatan ketua perisik dikenali sebagai Datu Piah Datu Kiram kini menjadi orang buruan utama pasukan keselamatan dalam usaha melumpuhkan terus pergerakan saki-baki kumpulan pengganas yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu.
Menurut sumber, dia yang dipercayai ada hubungan keluarga dengan Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, dikatakan antara individu yang menyertai kumpulan pengganas terbabit membuat rundingan dengan pasukan keselamatan, Februari lalu.
“Sejurus selepas berlaku pertempuran pada 1 Mac lalu, Datu Piah menghilangkan diri, tetapi dipercayai masih berada di negeri ini,” katanya.

Sumber itu berkata, pasukan keselamatan turut percaya Semporna ialah markas utama pengganas kerana di situlah mereka melakukan perancangan serta mengatur strategi.

Foto
ANGGOTA tentera membawa keluar dua daripada empat mayat pengganas yang ditembak mati dalam satu pertempuran di Kampung Tanjung Batu, semalam.

“Semporna adalah ibu pejabat pengganas dan di Lahad Datu pula ‘medan permainan’ mereka,” katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger