Al Fatihah..seorang lagi anggota keselamatan kita syahid semasa pertempuran di Pasasil..bersempadan dengan Tanduo..AAKJ mohon maaf, tadi ..ralat..bukan kampung tersusun. Anggota tentera yang terkorban itu berpangkat prebet, Mohd. Hurairah Ismail dari Pasir Mas Kelantan.
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohamad Zin berkata, dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, pasukan keselamatan turut menembak mati tiga pengganas Sulu.
Anggota tentera yang terbunuh merupakan korban yang pertama bagi Angkatan Tentera Malaysia sejak operasi dijalankan untuk mengusir keluar pengganas² Sulu yang telah mendarat di Kampung Tanduo pada 12 Februari (2013)
Menurut PAT, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, pasukan bersama tentera dan polis sedang melakukan operasi 'pembersihan' dan penggeledahan pada jam 7:45 pagi tadi.
Anggota² keselamatan kemudiannya bertempur dengan pihak musuh sebelum pihak musuh berundur. Pihak keselamatan kemudiannya berjaya menjejak dan menemui semula pihak musuh sebelum satu lagi pertempuran bersenjata baru berlaku pada jam 10:45 pagi.
Semasa berbalas tembakan, seorang anggota tentera terkorban manakala tiga anggota pengganas Suluk berjaya dibunuh oleh pihak keselamatan.’
+ comments + 2 comments
Mrk yg syahid mempertahankan hak kita dan menjaga keselamatan dan keamanan kita semua. Semoga mrk mendpt keampunan, rahmat dan kesejahteraan dari sisi Allah swt, Al Fatihah !
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin
Post a Comment