Label 10

Home » , , , » LAHAD DATU TERKINI!! SERANG HENDAP DI SG NYAMUK

LAHAD DATU TERKINI!! SERANG HENDAP DI SG NYAMUK

Written By AAKJ on Tuesday, March 12, 2013 | 12:39 PM


IMG-20130312-00306


Jam 10.34 pagi ini, Angkatan Tentera Malaysia telah melaporkan berlakunya serang hendap di kawasan ZL 10, Sungai Nyamuk. Beberapa siri berbalas tembakan telah berlaku di mana menyaksikan akhirnya 3 musuh telah ditembak mati manakala 2 lagi cedera.

Difahamkan musuh yang tercedera telah melarikan diri. Seorang anggota ATM juga telah tercedera ekoran dari pertempuran itu dan telah dikejarkan ke Hospital Sandakan dengan helikopter PDRM.

Dilaporkan bahawa tembak menembak masih berlaku. Berita lanjut menyusul.


Sementara itu Polis berjaya menahan empat suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Bangau-bangau, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, sepasukan polis dari IPD Semporna telah menyerbu sebuah rumah selepas menerima aduan penduduk setempat yang memaklumkan terdapat individu disyaki serpihan anggota kumpulan terbabit.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan daripada pihak polis berhubung kejadian itu.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger