Kiram III Bekalkan Anjing Upahannya Dengan Tangkal "Kangkang Kebal" !!
Menyedari kekuatan mereka tidak mampu menandingi pasukan keselamatan negara tidak menghalang kumpulan pengganas dari selatan Filipina melancarkan pertempuran terhadap pasukan keselamatan Malaysia. Persediaan mental ini bergantung pada kepercayaan bahawa mereka kebal.
Beberapa bomoh tempatan, yang pernah berurusan dengan komuniti dari selatan Filipina, berkata mereka amat mempercayai kuasa mistik, termasuk keupayaan untuk mengghaibkan diri dan tidak lut senjata.
Menamakan beberapa bahagian di Sulu di mana kumpulan pengganas akan mendapatkan tangkal dan azimat, bomoh itu berkata pernah beberapa kali 'perkhidmatan' mereka digunakan untuk membaharui kekuatan kuasa mereka.
Ketika ditunjukkan gambar-gambar tangkal dan azimat pada mayat pengganas yang mati serta barangan yang dikumpulkan oleh pasukan keselamatan yang 'membersihkan' kawasan pertempuran, bomoh itu berkata kumpulan pengganas percaya barangan itu mampu membantu mereka menewaskan anggota keselamatan Malaysia.
Barangan yang digunakan oleh mereka 'untuk ghaib dan kebal termasuk tulang kucing hitam.
Difahamkan, anggota keselamatan berkata mereka ternampak tulang diikat pada pelvis dan bahagian anggota lain pada badan pengganas. Segelintir pengganas yang menceroboh negara ini diberi tangkal oleh pemimpin mereka, yang menjanjikan selagi barangan itu kekal pada mereka, pasukan keselamatan tidak akan berupaya mengesan mereka atau tercedera jika ditembak.
Atas kepercayaan, inilah, mereka kelihatan tidak gentar walaupun berdepan beberapa batalion anggota keselamatan, kata dua bomoh berketurunan Suluk, baru-baru ini.
Mereka menjelaskan kucing hitam itu akan ditanam hidup-hidup dalam lubang dengan kedalaman tidak lebih tiga kaki selama tujuh hari dan setiap hari, mantera khas akan dibacakan. Pada hari ketujuh, bangkai kucing itu akan digali dan tulangnya diambil.
Untuk melupusan kekebalan musuh, setiap senjata dan peluru perlu disapu dengan tanah sambil berkata"daripada tanah kita datang, kepada tanah juga kita kembali".
Bagaimanapun, bomoh itu berkata kekebalan itu akan terhapus sebaik pemakainya makan, minum, buang air atau mengeluarkan air mani. Mereka perlu memulakan semula proses itu jika mereka melakukan mana-mana perkara tersebut.
"Besar kemungkinan mereka juga mengambil syabu, kerana mereka memerlukan kekuatan 'tambahan'. Lagipun, mereka ditegah daripada makan dan minum." Bomoh itu berkata pengganas itu juga akan mengikat kulit ular yang baru bertukar kulit di pinggang untuk mengghaibkan diri daripada pandangan musuh.
"Ketika ular berada pada peringkat akhir bertukar kulit, mereka akan menarik kulit tersebut. Kulit itu kemudian diikat di keliling pinggang mereka. Bagaimanapun, dipercayai, pemakai akan kehilangan kuasa ghaib jika dia mandi menggunakan air laut atau sungai."
Aakj ; nak tau kebal ke tak puok kera ni..mehh baca seterusnya d SINI
+ comments + 2 comments
Assalamualaikum.wala i tingin nito naaangkop para sa iyo upang gamitin ang pamagat prinsesa.Iyong ama ay hindi ang kinikilalang Sultan ng ngayon di-existant kasultanan ng Sulu.Ang iyong ama at ang kanyang mga tagasunod ay walang higit pa kaysa sa terorista na transgressed papunta sa ibang bansa upang i-claim bilang iyong sariling batay sa makasaysayang halaga.Mong tao ay hindi mas mahusay kaysa sa rehimen Zionist.Iyong mga aksyon ay ang parehong.ito ay itinuturing na isang pangunahing kasalanan para sa isang Muslim pumatay ng Muslim kapatid.Kung ikaw tao ay Muslim kaysa sa hindi kahit mo isaalang-alang ang umaatake Sabah.Din ang mga tao sa Sabah wala gusto mo.Wala hayaan ang iyong mga tao na maging isang peon sa ibang tao laro.Ginamit ko upang magkaroon ng maraming ng paggalang para sa iyo tao kapag ikaw ay pakikipaglaban sa Mindanao .....ngunit ngayon ....Na-ibinebenta ng Sulu sa kanilang sarili?bang mukhang ito.Kahihiyan sa iyo
Saya tolong terjemah komen diatas:
Saya tidak fikir adalah sesuai untuke menggunakan tajuk seperti diatas. Mereka tidak diiktiraf sebagai Sultan dan Sulu tidak wujud.
Kesultanan dan mereka yang ada sekarang tidak lebih daripada pengganas yang masuk kenegara orang lain untuk membuat kekacauan. Mereka adalah sama seperti Zionist.
Ia merupakan tindakan yang sama. Ia adalah satu dosa untuk seorang Muslim membunuh seorang lelaki Muslim yang lain. Jikalau mereka mengikut ajaran Islam, mereka takkan menyerang Sabah.
Mereka tidak sepatutnya membenarkan orang-orang mereka menceroboh Sabah. Selama ini Malaysia mendorong orang Sulu berjuang di Mindanao. Kini apa sudah jadi? Kiram menjual dirinya sendiri. Semua orang perasan akan perkara ini.
Kami merasa malu.
Post a Comment