KEM pembangkang tidak pernah berhenti dari mempolitikkan isu keselamatan negara, dan terbaru pula Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sekali lagi mencetuskan kemarahan rakyat juga anggota keselamatan berikutan ucapannya di Kampung Jemapoh, Kuala Pilah pada malam 20hb Mac 2013 telah menghina tugas anggota perisikan PDRM.
“Apa tugas anggota keselamatan ? Kerja mereka untuk intip rakyat. Kerja mereka untuk intip pemimpin PKR. Kerja mereka keseluruhannya untuk membantu BN supaya berjaya… sehingga sempadan di Lahad Datu, Sabah berjaya dicerobohi..”
“Bayangkanlah 200 pengganas berjaya masuk kedalam negara dan apa tindakan Menteri Dalam Negeri ? Pengganas dijamu dengan minuman dan kuih-muih dan menunggu sehingga 23 hari untuk bertindak.”
Begitulah kata-kata Nurul Izzah semasa ucapannya disana.
Jelas nampak kedangkalan pemikiran Nurul Izzah setiap kali membicarakan isu keselamatan dan tugasan polis.
Kita faham Nurul tidak pernah berada didalam lingkungan pemerintahan jadi tidak menghairankan sekiranya tahap pemikiran Nurul begitu rendah bilamana setiap kali Nurul membuka mulutnya.
Bapa borek, anak rintik… begitulah ibaratnya anak beranak ini setiap kali membuka mulut dan mula mengeluarkan kata-kata.
Bezanya cuma si bapa pernah berada dalam lingkungan pentadbiran dan pandai dalam bab mempergunakan polis untuk kepentingan peribadi serta menyelewengkan amanah ketika menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Kerana itu ketika si bapa memegang jawatan “besar” dalam tampuk pemerintahan, si bapa mampu “menghapuskan” setiap orang yang cuba membuka “rahsianya”.
Dan ketika itu kejayaan pasukan risikan negara berjaya juga membuka tembelang si bapa, menjadikan Nurul mendendami pasukan risikan negara dan pasukan keselamatan negara.
Penulis yakin jika pembangkang yang memerintah pasti pasukan PDRM dan ATM dihapuskan dan digantikan sahaja dengan Unit Amal PAS yang telah lama bercita-cita menjadi anggota keselamatan tetapi tahap pendidikan yang rendah menyebabkan mereka hanya mampu memandang pakaian seragam anggota keselamatan dan tidak mampu menyarungnya.
Keceluparan anak-beranak ini ketika berhujah melemparkan auta bukan lagi satu rahsia malah seluruh rakyat Malaysia juga tahu akan perkara ini.
Jika sebelum ini, Nurul didalam ucapannya pada 16 Mac yang lalu telah menghina polis dengan autanya menyeleweng dari tugasan sebenar polis.
Penghinaannya pertama kali mungkin belum cukup, kerana itu Nurul terpaksa mengulanginya sekali lagi pada malam 20hb Mac.
Sekali lagi, keceluparan Nurul telah menimbulkan kemarahan rakyat dan juga pasukan keselamatan negara.
Bekas Timbalan IGP, Tan Sri Shamsuri Arshad, telah tampil membidas kenyataan Nurul yang menghina tugasan pasukan keselamatan dan pasukan risikan negara.
“Ya, kita melakukan intipan, sama seperti semua negara lain dan juga FBI (Biro Risikan US) dan semua pasukan polis seluruh dunia. Tetapi kita mengintip atau melakukan risikan keselamatan untuk melindungi negara dari sebarang ancaman. Terbukti kejayaan pasukan risikan kita ketika era serangan komunis dan juga situasi yang lain.” kata Shamsuri.
“Kerja intipan pihak risikan adalah berlandaskan undang-undang, bukan berlandaskan agenda politik parti tertentu. Maklumat hasil risikan digunakan untuk melindungi negara dari sebarang kemungkinan ancaman jenayah.” tambahnya lagi.
Menurut Shamsuri, memang senang dan mudah jika sekadar bercakap sambil memeluk tubuh dari menjadi seseorang sepertinya yang telah melalui pelbagai kejadian sebenar sepanjang perkhidmatannya didalam pasukan Polis.
“Kamu boleh memperbodohkan sesetengah orang sepanjang masa, dan memperbodohkan semua orang sesetengah masa, tetapi kamu tidak akan dapat memperbodohkan semua orang sepanjang masa..” katanya yang memetik kata-kata bekas Presiden Amerika, Abraham Lincoln ketika mengulas pertuduhan Nurul.
Itulah reaksi balas dari bekas IGP yang membidas kenyataan menghina Nurul Izzah.
Nurul boleh diibaratkann “kosong” kerana Nurul tidak pernah berada dalam lingkungan pentadbiran atau tugasan sebenar pasukan keselamatan, jadi, dia boleh berkata apa sahaja.
Untuk mengeluarkan kata-kata tanpa sebarang pengalaman hanyalah bermodalkan air liur, jauh berbeza dengan kata-kata yang bermodalkan pengalaman sebenar.
Adalah lebih baik jika Nurul ini kita bekalkan dia dengan pakaian seragam pasukan keselamatan dan dihantar dibarisan hadapan menghadap pengganas Sulu ini.
Jangan diletakkan dibelakang, kerana khuatir Nurul sendiri yang akan menembak pasukan keselamatan sendiri kerana dendam kesumatnya terhadap pasukan keselamatan.
Spesis yang beginilah yang akan menghancurkan negara dan sanggup untuk membunuh orang sendiri jika “terdesak” untuk terus hidup.
Demi menutup laporan perisikan Filipina yang menemui bukti penglibatan bapanya sebagai dalang pencerobohan pengganas di Lahad Datu, maka pasukan perisikan negara dijadikan kambing hitam politiknya.
Pasukan keselamatan negara difitnah dan dihina demi meneruskan survival politik pembangkang, bak kata orang kebanyakan.. “nak hidup apa pun boleh jadi”.
Kenyataan menghina Nurul terhadap pasukan keselamatan dan perisikan negara bukan sahaja mendapat perhatian rakyat, pasukan keselamatan dan bekas pasukan keselamatan, malah turut mendapat perhatian penganalisis politik.
Menurut penganalisis politik, Professor Datin Paduka Ramlah Adam, kenyataan yang dibuat Nurul didalam ceramahnya malam kelmarin adalah satu cubaan untuk memenangi hati rakyat dengan menghina dan membuat pertuduhan tidak berasas terhadap pasukan keselamatan negara.
“Berikutan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, pembangkang tahu bahawa suara mereka tidak didengari oleh rakyat, oleh itu memaksa mereka untuk membuat tuduhan-tuduhan tidak berasas seperti ini terhadap pasukan keselamatan dengan harapan rakyat akan mempercayai mereka.”
“Saya percaya rakyat tahu mana yang betul dan mana yang tidak untuk kali ini. Rakyat sangat mengetahui bahawa ini (pencerobohan pengganas) adalah ancaman sebenar terhadap keselamatan negara dan bukan perkara main-main atau sandiwara.” tambah Ramlah.
Menurut Ramlah, penceroboh bersenjata ini memasuki negara secara haram, bukan kerana pasukan keselamatan kita lemah, tetapi mereka berjaya memasuki negara ini dengan bantuan orang tempatan yang terdiri dari kawan-kawan dan juga ahli keluarga para penceroboh ini.
Nurul Izzah bukannya asing bagi kita dengan kenyataan kontroversi.
Pada tahun lepas, Nurul dikecam teruk kerana kenyataannya yang membenarkan orang Islam untuk murtad dan undang-undang perlu memperuntukkan juga untuk kebebasan memilih agama bagi orang Melayu-Islam.
Kebangkitan orang Islam dan juga pemikir Islam yang membidas dan mengkritik Nurul mungkin meninggalkan trauma terhadap Nurul dalam arena politik.
Jadi, untuk bangkit semula, Nurul perlu mencari satu alternatif lain untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Tetapi sayang, Nurul tersalah “padang” !
Isu keselamatan bukan sahaja sensitif kepada pasukan keselamatan negara, malah ianya satu isu yang sensitif buat rakyat.
Isu pencerobohan pengganas bukan sahaja mengancam nyawa anggota keselamatan yang bertugas, tetapi turut melibatkan nyawa penduduk tempatan di Sabah.
Keceluparan Nurul bukan sahaja menimbulkan kemarahan pasukan keselamatan malah rakyat keseluruhannya juga tidak dapat menerima penghinaan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap pasukan keselamatan negara ini.
Dalam caramahnya malam kelmarin juga, Nurul turut menyentuh tentang inisiatif YAB Perdana Menteri untuk menjadikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai inisiatif tahunan.
“Baguslah… Kita ambil RM500 tu..” katanya.
Akhirnya, Nurul akui juga bahawa kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri “BAGUS”.
Bagitulah “tidak malunya” Nurul, selepas menghina dan memfitnah pasukan keselamatan negara, mengutuk kerajaan, tetapi menjadi “parasit” untuk sekau semua yang diberikan kerajaan.
Maklum sahajalah, pembangkang hanya pandai berkata-kata SAHAJA !
Mereka hanya ada modal “air liur” kerana itu tidak mampu untuk berikan apa-apa kepada rakyat biarpun telah memerintah beberapa negeri sejak sepenggal yang lepas.
Malah rakyat kini bangkit memberontak menuntut segala janji yang ditabur.
Hasil negeri bertimbun tetapi satu sen pun tidak sampai kepada rakyat sebab semua sudah masuk poket mereka.
Sememangnya, mudah bagi melontarkan kata-kata, namun untuk menunaikan kata-kata amat berat bagi pembangkang.
Mudah bagi Nurul menghina pasukan keselamatan negara, cuba Nurul pula pergi bersama pasukan pembangkang berperang dengan pengganas di Lahad Datu.
Kesimpulannya, kata-kata bermodalkan air liur tidak sama dengan keringat pasukan keselamatan dan nyawa mereka yang dipertaruhkan untuk mempertahankan negara.
Kata-kata bermodalkan air liur tidak sama dengan keringat pemimpin terdahulu dan sekarang yang membangunkan negara dan membantu rakyat.
SUMBER
+ comments + 1 comments
SOKONG SEPENUHNYA.Budak tu,AnuAr hari2 makan duit haram dari kecik spai la skarg.Hati budak tu dH sama hitam dgn hari bapak dia.Cakap x pakai kepala otak.HATI KAU KERAS IZZAH.
Post a Comment