Label 10

Home » , , » Foto Terkini Lahad Datu !! Penjenayah Sulu Tersepit !! Serah Diri Atau Mati !

Foto Terkini Lahad Datu !! Penjenayah Sulu Tersepit !! Serah Diri Atau Mati !

Written By AAKJ on Tuesday, March 5, 2013 | 11:22 AM


Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan dari kawasan berhampiran lokasi serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, awal pagi ini:

SEORANG anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Imbara Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan ini. Hari ini pihak keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo. - BERNAMA


ANGGOTA komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo dekat sini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. - BERNAMA

SEBUAH helikopter Nuri membawa anggota komando ke medan pertempuran menghadapi penceroboh dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini hari ini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan keatas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. 


ANGGOTA polis dan kakitangan hospital kelihatan mula bersiap sedia di jabatan kecemasan di Hospital Lahad Datu di sini, hari ini berikutan serangan pasukan keselamatan Malaysia keatas penceroboh kumpulan bersenjata di kampung Tandou pagi ini. - BERNAMA

KENDERAAN anggota tentera keluar dari Kampung Tanduo menghantar anggota tentera menghadapi penceroboh yang berkubu di kampung Tanduo. - BERNAMA


SEORANG kakitangan Hospital Lahad Datu di sini mengawal selia dua buah ambulan sebagai persiapan selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan keatas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tunduo pagi ini. - BERNAMA
SEKATAN jalan raya dibuat dekat Imbara Budi menuju ke Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanduo berikutan serangan pihak keselamatan Malaysia ke atas pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo pagi tadi. - BERNAMA


Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
March 5, 2013 at 11:35 AM

bros, bukan ke pihak keselamatan dah minta, jgn dedahkan gambar2 yg boleh compromise keselamatan anggota dan strategi kita?

semua gambar2 ni boleh bagi maklumat pada penjenayah babi di sana. mereka juga boleh baca blog. tolong padam la bro.

Anonymous
March 5, 2013 at 12:13 PM

salam bro, betul ke itu heli NURI ??

Anonymous
March 5, 2013 at 12:40 PM

asal dedah nama tempat anggota buat sekatan, kepungan bagai ? tak membantu negara betol lah . dari ambik gambar letak kat sini,baik ko g tolong anggota tembak penjenayah . pastu ambik gmbr ko gn muka pnjenayah tu .. baru hero namanya !

Anonymous
March 5, 2013 at 4:40 PM

Gambar last. Betul lah jalan di kampung ni lebih elok dari banyak jalan-jalan di Selangor.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger