Suhu di sekitar Felda Sahabat agak panas…anggota keselamatan kita yang lengkap dengan jaket kalis mula resah. Peluh menitis satu persatu.
Namun ia tidak langsung menghalang mereka untuk setia menunggu kehadiran seseorang yang cukup istimewa semalam.
Berita bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Lahad Datu dan seterusnya ‘terbang’ ke kawasan konflik ini tersebar cukup pantas.
” Kenapalah Tun tak datang sebelah pagi…kecewa tak dapat salam dengan beliau sebab sekarang giliran trup saya pula masuk ke Kampung Tanduo,” kata seorang anggota komando tentera kepada Mynewshub.my
Dia kemudian dilihat agak lemah melangkah masuk ke dalam trak yang menunggunya untuk masuk ke kawasan operasi.
Berbeza dengan seorang lagi rakannya yang baru keluar dari kampung tersebut.
Dari tadi dia seperti tak senang duduk membetulkan pakaian seragamnya.
” Seganlah pulak kalau Tun tengok uniform saya compang-camping macam ni, muka saya ni pun dah seminggu tak bercukur,” katanya sambil tersenyum.
Begitulah antara reaksi dan gelagat yang dapat disaksikan para wartawan yang membuat liputan lawatan Dr. Mahathir ke Dewan Semai Bakti, Desa Kencana, Felda Sahabat semalam.
Ternyata kehadiran bekas Perdana Menteri itu cukup mengejutkan, apatah lagi dalam usianya yang sudah mencecah 87 tahun itu, kesanggupannya melawat anggota polis dan tentera di sini dianggap satu berita yang sungguh ‘tak disangka-sangka’.
Dr. Mahathir tidak memilih helikopter mewah, sebaliknya memilih helikopter Nuri milik TUDM yang agak berusia untuk terbang ke sini.
Malam sebelumnya beliau menyampaikan syarahan perdana di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat Likas, Kota Kinabalu.
Namun jadualnya yang ketat tidak menghalang Dr. Mahathir untuk turut bersama anggota polis dan tentera kita.
Sebaik saja tiba dengan helikoter Nuri itu, beliau terus dibawa dengan kenderaan pacuan empat roda dengan diiringi kawalan ketat pihak Unit Tindakan Khas (UTK) ke dewan tersebut.
Sampai saja di dewan itu, ratusan perajurit telah pun berdiri tegak di kiri dan kanan jalan.
Dr. Mahathir dalam keadaan panas dan berpeluh, bersalaman dengan mereka sebelum terus diminta berucap kepada wira-wira kita yang sedang menunggu kehadirannya.
Sebaik saja dipelawa oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk berbuat demikian, beliau terus memberi ucapan yang ringkas tapi penuh bersemangat.
Katanya, beliau yakin rakyat tetap terhutang budi kepada pasukan keselamatan meskipun dimanipulasi pembangkang kononnya krisis pencerobohan pengganas di sini adalah satu sandiwara.
Beliau berkata rakyat tidak termakan propaganda pembangkang untuk memperkecil pasukan keselamatan kerana hakikinya, sudah sembilan nyawa terkorban, dan seorang anggota tentera maut dalam kemalangan ketika menyertai konvoi Operasi Daulat.
“Saya yakin rakyat terhutang budi dan yakin dengan semangat pasukan keselamatan kita. Ini sikap rakyat Malaysia apabila menghadapi keadaan ini, dan akan bersatu dalam mempertahan negara.
“Walau ada parti politik cuba pecahkan, tetapi rakyat terus sokong pasukan keselamatan,” katanya sebelum disambut dengan tepukan gemuruh oleh anggota yang hadir.
Dr. Mahathir kemudian melawat tempat tidur anggota polis dan tentera di situ sebelum kembali untuk menikmati jamuan teh bersama-sama mereka.
Tidak puas dengan itu, Dr. Mahathir kembali bangun dari tempat duduknya, sekali lagi bersalaman dengan perajurit kita sebelum mengambil kesempatan untuk bergambar beramai-ramai dengan anggota yang ada di situ.
Setelah puas bersama mereka, barulah Dr. Mahathir beredar dari dewan tersebut untuk bersama-sama kepimpinan tertinggi polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mendengar taklimat terkini Ops. Daulat.
” Beliau sudah tua, sebaya dengan datuk saya…tetapi bila melihat kesanggupan beliau bersama kami telah membuatkan kami makin bersemangat untuk memerangi orang-orang Kiram ini.
” Saya dapat lihat muka beliau kemerahan kerana menahan panas, saya dapat lihat peluhnya mengalir di dahi…tak dapat saya gambarkan betapa terharunya saya dan kawan-kawan semua dengan kehadiran beliau,” kata salah seorang anggota komando Vat 69 yang ditemui selepas majlis tersebut.
Itulah negarawan kita…Tun Dr. Mahathir Mohamad.
aakj ; turut sebak dengar Tun berucap.."kita sendiri yang pertahankan negara kita..."
+ comments + 11 comments
Syg Tun Mahathir selamanya..semoga diberi kesihatan yg baik dan dilindungi..amin :)
TUM MUSA HITAM SANGGUP TAK BUAT MACAM INI.
THIS IS A REAL STATESMAN.
BUKAN BUAT KOMEN GILA DARI BILIK HAWA DINGIN.
OHYA...PIPIMPINAN DAP PUN TAK AMBIL KISAH.
SAMA 2 x 5
i love Tun Mahathir, May Allah bless you <3
untuk pejuang2 di sana! Jihad fisabilillah! Takbir!
Allah bless you Tun
Tun i love u!!!
i love u Tun May Allah bless u
I love u too Tun. Kerana kewibawaan Tunlah saya dan adik berpeluang menimba ilmu hingga peringkat sarjana di negara orang. Kami asal kampung kecil di Kedah. Jasa mu kepada negara dan anak Melayu sentiasa dikenang. Kami doakan yang terbaik dari Allah SWT buat Tun dan isteri. Alhamdulillah kami bukan Melayu yang mudah lupa :)
Taknak ckp bebanyak la... Semoga Tun sehat selalu dan panjang umur.. Love u always Tun... Errrrr bila Tun nk dtg port klang..?
~aku amz~
Support Melayu Yang Tak Lupa 1000%. Komen Terbaik!...saya juga sama sekapal..kerana kewibaan TUN M saya dan kesemua adik beradik saya berpeluang menimba ilmu hingga ke peringkat sarjana di negeri orang juga...dari tahun 1982/83...saya juga org susah, bapak pangkat koperal aje dlm Polis....Kami juga mendoakan yang terbaik untuk TUN..dan Isteri..Alhamdullah , kita tidak tergolong dlm Melayu yg mudah lupa.
Semoga Tun sentiaa sehat dan dipanjangkan umur hendaknya...Amin
Hidup tun....gi jahanam abby lababi, janda x sedar diri mengutuk tun ke LD.
Post a Comment