Label 10

Home » » Video ! Ahli Majlis Syura Pas Kena Maki Kerana Kalimah Allah !

Video ! Ahli Majlis Syura Pas Kena Maki Kerana Kalimah Allah !

Written By AAKJ on Saturday, February 16, 2013 | 4:00 PM


Dalam ceramahnya di sebuah masjid di Taiping baru-baru ini, Haron berkata beliau menerima ugutan dan maki hamun daripada pihak-pihak tertentu bersabit pendiriannya yang menentang sikap ambil mudah sesetengah umat Islam mempertahankan kalimah Allah.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berpegang kepada konsensus yang membenarkan orang Kristian menterjemah kalimah Allah asalkan ia tidak disalahgunakan.

Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan veteran DAP Lim Kit Siang dan Anwar seminggu sebelum Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan menyanggah pendirian Pakatan Rakyat.

“Ada kesannya kepada masyarakat? Umat Islam masih ada yang menyokong. Saya bertegas sikit, hantar SMS maki saya…tidak mengapa. Tapi macam mana kita boleh terima? Apa tujuannya orang Kristian dan terjemah God kepada Allah?


“Dulu masa tahun 2008, bila timbul isu ini saya panggil wartawan semua datang…saya bawa Bible dan Al-Quran pada ketika itu, saya tidak akan setuju kerana Allah yang orang Islam sembah, (adalah) Allah yang selama-lamanya.

Haron berkata belum pun kalimah Allah diterjemah dalam Bible, banyak kes murtad telah dicatatkan di negara ini.

Beliau mendakwa terdapat sesetengah pihak yang tidak berfikir panjang yang hanya ingin memenuhi tuntutan politik semata-mata.

Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
February 16, 2013 at 5:00 PM

Dr dlu lg aku perati kebanyakkan org pas hati bsuk,kuat dgki, mlut jhat suke ftnah org...pemecah belah sesama islam...yg btl2 golongan alim ulama, yg warak...ikhlas kerana Islam skit je...jual le nama agama, kalimah Allah korg pesenda...skrg, Allah dh byar cash dh!!!!Akhirnye krbenaran tersrlah jua....

Anonymous
February 17, 2013 at 4:03 AM

anon 5.00..aku stuju, tgu je kebenarannya nnt, kita tgk pnyokong2 tegar dorg ni ter nga nga...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger