Haji Salleh bin Musa yang juga merupakan Penasihat PAS Kawasan Sik, membuat satu kenyataan yang ramai dari kalangan ahli-ahli PAS Sik, geleng kepala kerana tidak percaya kata-kata seperti itu boleh keluar dari mulut seorang tok guru pondok.
Antara jam 7:30 pagi sehingga 11:00 pagi, program Pengajian Agama Mingguan yang telah dihadiri seramai 600 orang yang teridri dari kalangan penyokong PAS tempatan dan dari daerah berdekatan, menyaksikan Haji Salleh bagaikan terlebih sudu dari kuah.

Ketika membuat bacaan kitab berhubung keperibadian dan mukjizat Nabi s.a.w, seperti biasa, dia akan turut menyentuh atau seboleh mungkin untuk mengaitkan dengan politik Malaysia. Atau lebih tepat lagi, buruknya UMNO dan baiknya PAS. Cuma kali ini, Haji Salleh menambahkan sedikit ramuannya iaitu kehebatan Pakatan Rakyat dan perlunya PAS kepada sokongan serta redha DAP dan Lim Guan Eng.
Dalam ucapannya, Haji Salleh menyeru kepada semua yang hadir agar menyokong dan berkempen untuk terus menyokong parti yang memperjuangkan Islam kerana kononnya takut masa hadapan anak cucu tidak mengenali Islam lagi.
Namun kemudian, dia sendiri yang memansuhkan kata-katanya tidak beberapa minit sebelum itu apabila menyeru semua orang agar berdiam diri berhubung isu KALIMAH ALLAH kerana menurutnya, yang dipentingkan sekarang adalah kemenangan dalam PRU13.

Seterusnya d SINI
Post a Comment