Label 10

Home » , » Nik Aziz Yang Beri Lesen "Hina" Islam !

Nik Aziz Yang Beri Lesen "Hina" Islam !

Written By AAKJ on Wednesday, February 20, 2013 | 12:00 PM


Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Ogos 2009, tiga tahun dulu secara terbuka telah memberi lampu hijau kepada para pemimpin DAP untuk menghina Islam dengan alasan mereka yang berbuat demikian itu tidak beragama Islam.

Menurut Nik Aziz, "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," demikian katanya ketika mempertahankan tingkah laku dan tutur kata lancang pemimpin DAP yang semakin kerap mempersendakan dan menghina Islam.

Pandangan Nik Aziz itu sebetulnya memang agak semberono mungkin kerana terlampau taksud pada kepartian dan terlebih-lebih mempolitikkan agama untuk kepentingan puak sendiri.

Mungkin juga kerana teruja dengan kenyataan Menteri besar Kelantan itulah maka kira-kira sebulan lalu pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham dengan sengaja mengeluarkan kenyataan menghina termasuklah mempersenda kesungguhan umat Islam memprotes filem Innocence of Muslims.

Manakala para pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR pula semakin berani bersyarah di ruang solat utama orang Islam.

Ahli kariah pula yang termanggu-manggu mendongak kepala kepada si kafir sambil mendengar si politikus non muslim bertazkirah.

Yang JAKIM keluarkan fatwa cuma membenarkan non muslim melawat dalam masjid dan surau sahaja, tapi dapat pada PAS, terus mereka beri izin untuk pemimpin politik non muslim memberi tazkirah lagak macam ustaz, tok imam dan tok khatib pula.

Cuma peliknya, dalam isu hudud PAS apabila sahaja Presiden MCA, Chua Soi Lek tiba-tiba sahaja mencuit sambil mengkritik hudud PAS bakal menyebabkan kesan buruk pada 1.2 juta orang, terus sahaja penyokong dan pemimpin PR naik angin satu badan.

Mereka lupa, Soi Lek bukannnya seorang yang beragama Islam dan jika mengikut pandangan semberono yang dipegang oleh Nik Aziz, maknanya Soi Lek tidakpun bersalah.

Bukankah Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 dulu telah memberi lesen besar kepada DAP dan orang bukan Islam untuk menghina Islam atas alasan mereka bukannya beragama Islam ???

Jika kenyataan Soi Lek berkenaan hudud PAS dianggap menghina hukum hudud dan menghina Islam, secara mantiknya ianya boleh dianggap berlaku selepas mendapat kebenaran dari Nik Aziz.

Lampu hijau untuk DAP menghina Islam sama juga maksudnya seperti membenarkan Chua Soi Lek mengkritik hudud PAS, kerana baik pemimpin DAP mahupun MCA, kedua-duanya bukan Islam.

Kini pandangan Nik Aziz itu menjadi boomerang tepat ke dahi Nik Aziz serta pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini kelam kabut berdemo sana sini membantah kenyataan Chua Soi Lek. pikir dan nilaikan larh sendiri..




Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 20, 2013 at 12:27 PM

Tepat dan benar sekali...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger