Label 10

Home » , » Guna Duit Bantuan Pelajaran Anak Untuk Bayar Denda Kerajaan Pas

Guna Duit Bantuan Pelajaran Anak Untuk Bayar Denda Kerajaan Pas

Written By AAKJ on Friday, February 1, 2013 | 4:00 PM


Sangat haru biru bila saya menerima aduan “sadis” tentang Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) yang dikatakan kini “mengamuk sakan” menyita premis-premis perniagaan milik majlis daerah tersebut.
Menurut maklumat yang diperoleh, mana-mana premis perniagaan milik MDPT yang dikesan mempunyai rekod pembayaran tertangguh pada tahun 2012, premis-premis mereka akan disita serta-merta tanpa kompromi!
Sehingga artikel ini ditulis, sumber memberitahu sudah sembilan buah premis telah disita pihak MDPT dan para peniaga yang hampir semuanya berbangsa Melayu beragama Islam telah kehilangan mata pencarian.
Dalam hal ini, nak salahkan MDPT pun tak boleh juga memandangkan mereka hanya menjalankan polisi atau dasar yang diarahkan oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah dan Ahli-Ahli Majlis MDPT yang dilantik pihak kerajaan negeri.
Kalau tak buat kerja mereka, MDPT akan dilihat sebagai “makan gaji buta” dan tidak menjalankan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan negeri yang memerintah.
Persoalannya, mengapa Kerajaan PAS Negeri Kedah begitu rakus memeras duit rakyat tanpa pertimbangan yang sewajarnya?
Tidak cukupkah duit balak yang berpuluh juta ringgit yang “dirompak” dari hutan-hutan simpan kekal yang tidak pernah diusik Kerajaan BN Kedah sebelum ini?
Amat sedih bila sumber memberitahu bahawa ada di kalangan peniaga yang terpaksa menggunakan wang bantuan sekolah anak-anak mereka untuk membayar harga pembaharuan lesen perniagaan kepada Kerajaan PAS Azizan Razak.
Seterusnya d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger