Label 10

Home » » Bekas Wartawan Malaysiakini Mati Di Tembak

Bekas Wartawan Malaysiakini Mati Di Tembak

Written By AAKJ on Sunday, February 3, 2013 | 7:25 PM



Seorang rakyat Malaysia, yang berkhidmat sebagai penerbit Al-Jazeera Online, mati terkena tembakan, dipercayai secara tidak sengaja, di Lubnan kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) semalam.

Laporan The Star Online menyebut bahawa ketika kejadian, Claudia Theophilus, 42, berada di Baakleen, bersama dua rakannya.Mendiang berkhidmat dengan Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar sejak November 2006.

Sebelum itu, beliau pernah bekerja dengan Malaysiakini dan akhbar The Sun.Baakleen terletak kira-kira 45 kilometer ke tenggara Beirut.Menurut laporan itu, salah seorang daripada dua rakannya yang berada bersama Claudia ketika kejadian melaporkan kepada Kedutaan Malaysia di Beirut mengenai kejadian itu.

Polis tempatan dilaporkan telah menahan kedua-dua rakan itu.Siasatan awal menunjukkan mendiang tertembak secara tidak sengaja.Laporan itu juga menyebut mendiang dan dua rakannya bermain menggunakan raifal dan salah seorang telah melepaskan tembakan secara tidak sengaja.

Duta Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppanan mengesahkan mangsa mati disebabkan tembakan tetapi maklumat sebenar kejadian masih kabur.

SH

SUMBER
Share this article :

+ comments + 5 comments

Anonymous
February 3, 2013 at 8:55 PM

Alhamdullilah.... mampus sorang wartawan Soroskini

Anonymous
February 3, 2013 at 9:52 PM

Sesiapa yang bersekutu dengan akhbar penipu seperti malaysiakini is deserve to be one. Not sad at all.

Anonymous
February 3, 2013 at 11:01 PM

mungkin juga dia agent CIA yg perlu dilupuskan..utk menutup rahsia besar agen CIA di Malaysia

Anonymous
February 3, 2013 at 11:29 PM

keh...keh...keh....

Anonymous
February 3, 2013 at 11:40 PM

ngeh....ngeh.....ngeh....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger