Label 10

Home » » Wajah 14 Individu Bawa Anak Ke Himpunan Samsidar Di Pamirkan

Wajah 14 Individu Bawa Anak Ke Himpunan Samsidar Di Pamirkan

Written By AAKJ on Wednesday, January 30, 2013 | 9:30 PM


dicari
Berani buat, berani tanggung, itulah kata-kata yang tepat pada 14 individu yang kini dikesan polis selepas dipercayai membawa kanak-kanak ke himpunan pembangkang di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, gambar mereka yang terlibat telah dimuat naik di laman Facebook polis KL.
"Kita minta saksi yang gambar mereka telah kita siarkan agar tampil segera bagi membantu pihak polis. Perbuatan membawa kanak-kanak di bawah usia 15 tahun adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 21(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.
Mohmad berkata jika disabit kesalahan melanggar syarat itu, penganjur boleh dihukum denda maksimum RM20,000 mengikut Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan denda maksimum RM20,000 dan penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 21(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Beliau berkata 14 saksi boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Tony Lunggan di talian 014-6225262 atau 03-90516222 atau tampil di mana-mana balai polis.
Katanya, orang ramai yang mengenali 14 saksi yang gambar mereka diedarkan melalui media dan lama Facebook itu, boleh memberikan maklumat kepada polis atau memaklumkan di balai polis berhampiran.
Beliau berkata polis yang tidak menetapkan tarikh akhir mengenai perkara itu tetapi menggesa kerjasama daripada mereka yang terlibat.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad memberitahu media, pihaknya mendapati penganjur perhimpunan pembangkang di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu melanggar tiga daripada 27 syarat yang dipersetujui antara mereka dan polis sebelum ini.
Menurutnya, tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.
Polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pelanggaran itu kerana syarat terbabit antara 27 yang dipersetujui mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya.-30/1/2013

Share this article :

+ comments + 3 comments

Xpas
January 30, 2013 at 11:30 PM

anak anak adalah amanah, utk dididik menjadi insan bertaqwa, bukan diheret ke pentas politik taksub !!!

Anonymous
January 31, 2013 at 7:14 AM

CAKAP BANYAK TAK GUNA!!!!

TANGKAP DAN HUMBAN DALAM PENJARA SEMUA HARAM JADAH TU!!

Anonymous
January 31, 2013 at 10:02 AM

Takyah la tangkap... Kalo da mak bapak yg ditangkap, anak² tu pulak sape yg nk jaga....
Tindakan harus ditujukan pada penganjur... Ermmmm..... Yg mak bapak tu di warning aje...

Saye pun marah gak ngan mak bapak yg tolol nie, tp yer la, warning jer la dulu.. Heret penganjur jer... :)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger