Label 10

Home » » Video Skandal Ketua Wanita UMNO ?!

Video Skandal Ketua Wanita UMNO ?!

Written By AAKJ on Thursday, January 10, 2013 | 2:00 PM


Adehhh..mampuss..berat kepala rasanya..pening-pening kucing siam jadinya bila dok pikir cerita skandal yang tak abih melanda pemimpin politik !!

Kisah seorang peniaga permaidani, mula mengambil tempat dalam diari politik tanah air beberapa hari sebelum menjelang Perhimpunan Agung Umno, November lepas.
Sehingga sekarang masyarakat masih keliru berhubung pendirian Deepak. Sekejap beliau kelihatan bersama pembangkang dan sekejap beliau kelihatan bersama kerajaan.
Untuk mengetahui kisah sebenar, pada tengah hari Selasa, penulis buat pertama kalinya menghadiri sidang media bersama Deepak di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Kesempatan itu diambil untuk bertanyakan beberapa soalan yang masih lagi membelit fikiran penulis.
Jawapan-jawapan yang diberikan oleh Deepak menyumbang kepada terungkainya sedikit sebanyak apa yang membelit pemikiran penulis selama ini.
Menurut Deepak kisahnya bermula dengan masalah urusan perniagaan hartanah antara beliau dengan seorang pemimpin Wanita Umno, Raja Ropiah.
Menurutnya masalah perniagaan beliau dengan Raja Ropiah yang seolah-olah tiada kesudahan hingga mendorong beliau membawa kes ke mahkamah.
Rancangannya asalnya adalah untuk bertindak mendedahkan masalah beliau dengan Raja Ropiah sehari sebelum Perhimpunan Wanita umno bermula.
Beliau telah memilih media-media pro pembangkang untuk mendedahkan permasalahannya dengan Raja Ropiah.
Masalah mula timbul apabila Deepak berdepan dengan media-media pembangkang, mereka tidak berminat untuk mengetahui permasalahan beliau dengan Raja Ropiah, sebaliknya mereka mengambil kesempatan untuk mendapatkan ulasan Deepak berhubung akuan bersumpah seorang penyiasat persendirian yang dikaitkan dengan kes Altantuya Sharibu, P Balasubramaniam sebagaimana yang pernah dibangkitkan oleh Raja Petra Kamaruddin tentang penglibatan Deepak dalam akuan bersumpah keduanya.
Untuk rekod, kes yang melibatkan akuan bersumpah Balasubramaniam timbul rentetan kes liwat Anwar Ibrahim ke atas pembantu peribadinya pada 2008.
Sebaik sahaja Altantuya mati dibunuh pada 2006, pembangkang mula menuding jari ke arah Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana ianya melibatkan Razak Baginda yang kebetulan pada masa itu adalah salah seorang penganalisis politik dan mengenali Datuk Seri Najib.
Semasa pilihanraya kecil Dun Ijok 2007, PKR setiap hari mendendangkan kes Altantuya yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib yang mana setiap hari Anwar berjanji untuk mendedahkan penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantuya.
Namun sehinggalah kepada keputusan pilihanraya diumumkan yang menyaksikan PKR kalah, tidak ada apa-apa pun yang didedahkan oleh Anwar.
Pada tanggal 28 Jun 2008 negara dikejutkan dengan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pembantu peribadi Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mana laporan tersebut menyatakan dia telah diliwat oleh Anwar beberapa kali termasuk kali terkahir beberapa hari sebelum itu di sebuah kondominium di Damansara.
Sebaik sahaja berita laporan polis tersebut tersebar, sepantas kilat kem pembangkang menghalakan muncung senapang mereka ke arah BN dan menuduh itu semua adalah konspirasi yang dirancang BN untuk mengenakan Anwar. Yang paling teruk kena dalam kes ini adalah Datuk Seri Najib dan isteri yang pada masa itu bakal mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Anwar memang tidak senang dan sedaya upaya mencari jalan bagi menghalang Najib dari menjadi PM termasuklah sehingga ke saat-saat akhir Tun Abdullah hendak meletak jawatan Anwar merayu agar beliau tidak berundur dan berjanji seluruh ahli-ahli parlimen pembangkang akan memberi kerjasama kepada Tun Abdullah. Itulah bayangan yang dapat diberikan betapa gerunnya Anwar terhadap Najib.
Susulan laporan polis oleh Saiful membuatkan Anwar Ibrahim telah melarikan diri dan mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki pada 30 Jun 2008 atas alasan ada ancaman bunuh terhadapnya.
Setelah 36 jam berlindung di Kedutaan Turki dan setelah mendapat jaminan kerajaan akhirnya Anwar meninggalkan kedutaan berkenaan.
Selang beberapa selepas itu atau lebih tepat lagi pada tanggal 3 Julai 2008, tiba-tiba Balasubramaniam muncul bersama Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya membaca satu akaun bersumpah (SD 1) yang mengaitkan penglibatan Datuk Seri Najib dalam kes pembunuhan Altantuya.
Sedangkan dalam perbicaraan di mahkamah sebelum itu ketika dipanggil sebagai saksi Balasubramaniam tidak pernah menyatakan perkara itu.
Di sini boleh disimpulkan bahawa SD 1 yang dibaca oleh Bala di sebelah Anwar Ibrahim adalah satu penipuan dan Bala telah digunakan oleh Anwar untuk mencemarkan imej Najib dan membalas dendam kepada Najib kerana laporan polis yang dibuat oleh Saiful.
Keesokan harinya atau pada 4 Julai 2008, tiba-tiba Bala muncul di sebuah hotel di Kuala Lumpur dengan satu akaun bersumpah (SD 2) yang mana menyatakan bahawa SD 1 yang dibacanya sehari sebelum itu bersama Anwar Ibrahim di pejabat PKR adalah palsu.
Di sinilah dikatakan Deepak terlibat. Deepak dikatakan telah memainkan peranan dengan menawarkan ganjaran yang lumayan supaya Bala menarik balik SD 1 nya. Perkara ini turut didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin melalui lama Malaysia Today.
Lihat Video betapa intimnya mereka d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger