Label 10

Home » » Ustak Mek Dee Kata Boleh Telan Air Mani Suami ! Natam !!

Ustak Mek Dee Kata Boleh Telan Air Mani Suami ! Natam !!

Written By AAKJ on Wednesday, January 2, 2013 | 4:00 PM





Azhar Idrus atau lebih d kenali dengan nama Ustak Mek Dee d kalangan sahabat-sahabat aakj yang tertawakan ketirisan akhlak sebenar beliau semasa menipu rakyat Malaysia amnya dan peminat beliau sendiri khasnya dalam insiden beliau dikatakan makan dan minum bersama isteri ke berapa aakj tak pasti dalam McD..maka lekatlah nama ustak Mek Dee hahaha..nak menipu tak tengok kiri kanan ye azhar !!

Kisah nama Mek Dee tu d SINI

Banyakali aakj utarakan siapa itu Ustak Mek Dee ni..baik dari segi kelulusan beliau yang amat meragukan dan bagaimana dengan tahap sedemikian ilmu mampu memberi Fatwa !! dia bukan ada pengkhususan dalam bidang ini..malah dia bukan mampu memberi fatwa..membaca rumusan hasil sidang ulama fatwa sepatutnya..bukan dia sebagai rujukan..kata-kata dia bukan rujukan fatwa dunia..adehhh berat nanang mung ni zahar !!

Pernah aakj dedahkan dakwaan bagaimana azhar ni pandai menipu hadirin..banyakkali..dan anda wajar perhatian setiap kali dia membaca soalan..adakah ianya soalan yang d beri oleh hadirin ? 

Soalan siapa yang dia baca dan kenapa sudah ada kertas jawapan yang d sediakan d meja beliau..perati matanya membaca jawapan yang sudah d garap celoteh jenaka agar hadirin terguling ketawa ?

Kalau setakat dua atau tiga soalan yang d baca..atau d benarkan pada sesebuah sessi..kenapa tak minta hadirin 2 atau 3 orang berdiri dan tanya sepontan ? bimbang takut tak boleh jawab atau bimbang soalan itu tak mampu buat pendengar ketawa dalam Rumah Allah ?!!

Aakj tak berniat nak lekehkan azhar seperti hadi awang lekehkan Cikgu Non..cikgu sekolah rendah tu ngajar ABC jeee hahaha boddo hadi ni..mana boleh kita rendahkan level orang..aakj hanya nak pendengar atau peminat seseorang ustaz ini hati-hati bila mendengar dari mulut seorang yang mengaku USTAZ tu saja.

Ustaz ni banyak jenis Ustaz..atau level ulama berbeza..ada ulama tafsir dan ada ulama yang bukan ahli tafsir sebab jurusan pengkhususan berbeza..Ustaz Fathulbari jurusan Tafsir Hadis..aakj bahagian sejarah Islam..beza tu hahaha walaupun "bunyi" nya ada Islam d hujung tu hehe..

Jangan kita buat lakonan pi kutip soalan dari pendengar dan yang kita baca dari soalan yang kita reka sendiri...ye lah sebab orang dok tunggu nak terbahak ketawa bila kita jawab pesen kita..tak baik banyak ketawa..apalagi ketawa dalam Rumah Allah dan ketawa bagaikan nak pecah masjid dalam sidang Ilmu Agama.

Takkan nak aakj tanya APA HUKUM KETAWA TERBAHAK DALAM MASJID atau soalan mudah..BAGAIMANA NABI KETAWA ?

Mehhh baca d bawah ni :

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.


Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan:-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net)  berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yangkeluar darinya.

Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak padatempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex'atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya,adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yangmelarangnya.

Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (ProfFiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sexini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorangyang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelinciriaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. 

Hasilnya,majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam,justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perkara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaandan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkaraini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Darisudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi merekayang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut :-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`AllamahAhmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,  

"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oralsex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). 

Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu SyeikhNasiruddin Albani berkata :-

"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. 

Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliauturun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. 

Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"

KESIMPULAN

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadappendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilakuseks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia jugadituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit.

Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengajauntuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melaluidengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga ataulebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia.

Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab FiqhIslam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"

tqmforum3
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
January 2, 2013 at 4:47 PM

Apasal nak telan air mani? dah takde air lain ke?

Anonymous
January 2, 2013 at 4:53 PM

Bukan Azhar saja yg buat demikian. Semua ustaz dalam rancangan"tanyalah Ustaz" pun buat begitu.Lepas tu konon kata"oooo itu soalan yg sangat baik"....ptuiiiiii.
Itu adalah MENIPU . Apa hukumnya menipu seluruh rakyat menerusi TV?

August 17, 2013 at 11:41 PM

janganlah kite ragu2 dengan orang yang belajar agama,,lebih pada kita,,mengapa jika orang berkate pasal agama semua nya tak kena,,renung2kan

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger