Label 10

Home » » Pengarah Pilihanraya Dap Letak Jawatan !

Pengarah Pilihanraya Dap Letak Jawatan !

Written By AAKJ on Saturday, January 5, 2013 | 12:00 PM




Pooi Weng Keong meletakkan jawatan daripada kedudukan beliau sebagai pengarah pilihan raya DAP berikutan kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Jumaat berkata Pooi juga meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa DAP Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata Pooi mengakui kesilapan beliau dan mengaku bertanggungjawab penuh di atas kesilapan yang dilaporkan sehingga menyebabkan calon yang berada pada kedudukan 31 hingga 38 dan mereka pada kedudukan 61 hingga 68 diberikan bilangan undi yang sama.

Lim mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa eksekutif pusat parti (CEC) kerana menerima pakai keputusan beliau untuk mengumumkan keputusan yang diperbetulkan walaupun ia memberikan publisiti negatif terhadap parti.

"Kita perlu memberitahu perkara sebenar. Kita tidak akan hidup dalam pembohongan. Parti tidak akan hidup dalam pembohongan. Ini (keputusan yang diperbetulkan) perlu diperjelaskan.

"Kami telah melantik pasukan audit dalaman yang diketuai oleh Dr Ong Kian Ming dan melantik juruaudit bebas luar untuk mengesahkan keputusan," katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata DAP mahu sebuah firma perakaunan untuk mengendalikan pilihan raya parti itu pada masa depan untuk mengelakkan sebarang masalah.

Pada Jumaat, dilaporkan bahawa Zairil Khir Johari, yang pada mulanya berada dalam kedudukan 39, kini telah berada pada kedudukan ke-20, memperoleh kedudukan terakhir ahli dalam CEC.

Zairil, yang sebelum ini dikatakan telah mendapat 305 undi, sebenarnya mendapat 803 undi, meletakkan beliau dalam kedudukan ke-20.

Vincent Wu, yang pada mulanya diumumkan mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti mendakwa dia sebenarnya hanya mendapat 669 undi.

Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
January 5, 2013 at 12:22 PM

UBAH DAP STYLE!

Kalau kalah boleh ubah keputusan

Time for Bersih 4.0?

Anonymous
January 5, 2013 at 1:55 PM

logiknya kalau salah kira undi,semua calun yg bertanding berubah kedudukan,kenapa tak ditunjukan ranking terbaru,opera betul lah DAP NI

Anonymous
January 6, 2013 at 2:22 AM

kalau salah undi kira undi banyak spekulasi boleh buat...

1.Ada undi hantu.
2.Ada undi 2 kali.
3.Guna orang luar undi.
4.Pengarah pilihan raya tak telus.
4.2 Pengarah pilihan raya makan rasuah.
4.3 Pengarah pilihan raya tak cekap.

dan lain2 yang pernah dilontarkan kepada SPR..

So? Miss Ambiga.. Sila lah buat BERSIH DAP 1.0..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger