Label 10

Home » » DS Rosmah Di Cemuh Mangsa Banjir ?!

DS Rosmah Di Cemuh Mangsa Banjir ?!

Written By AAKJ on Saturday, January 5, 2013 | 10:00 AM


“Tiada cincin batu permata, tiada kasut tinggi jenama antarabangsa malah tiada solekan tebal sebaliknya beliau datang dengan kasut but getah dan membersihkan rumah saya,”.

Demikian luah seorang mangsa banjir di Taman Desa Tanjong Permai, Kuala Terengganu, Mustafa Husin, 60, yang begitu terkejut apabila melihat kedatangan isteri pemimpin nombor satu negara, Datin Seri Rosmah Mansor ke kawasan berkenaan sempena Program Gotong Royong Pandu Puteri.


Menurut Mustafa, penduduk di kawasan itu sememangnya sedia maklum dengan kedatangan Rosmah bagaimanapun hampir kesemua mereka tidak menyangka bahawa ikon wanita itu hadir ke program berkenaan dengan memakai kasut but getah dan bersama-sama mencuci rumah dan longkang di kawasan berkenaan.

Apa tidaknya, sesampainya Rosmah ke kawasan perumahan berkenaan sekitar jam 11 pagi, beliau tanpa membuang masa terus meminta berus longkang dan mula mencuci sebahagian besar parit di rumah Mustafa.

Lebih mengejutkan, selepas mencuci bahagian longkang, Yang DiPertua Pandu Puteri Malaysia itu kemudiannya meminta hos air bomba untuk melakukan kerja-kerja membersihkan bahagian dalam rumah mangsa banjir berkenaan.




“Pak Cik berasa besar hari sebab Datin Seri ini isteri pemimpin nombor satu di Malaysia, isteri Perdana Menteri kita tetapi dia boleh turun sama-sama dengan penduduk disini dan membersihkan rumah yang rata-ratanya dipenuhi dengan lumpur akibat banjir yang berlaku.

“Jadi Pak Cik nak ucap terima kasih pada Datin Seri sudi tolong kami disini… selama ini pak cik tak pernah lagi tengok isteri pemimpin buat kerja-kerja berat macam ni.

“Kalau selepas banjir, kerja-kerja cuci rumah atau bersihkan lumpur tu biasanya lelakilah yang buat orang perempuan biasa tolong mengelap atau kemas barang.

“Tetapi Datin Seri ni lain pula, tak sangka pakcik beliau tak kisah nak angkat hos bomba yang berat untuk membersihkan rumah pakcik,” katanya kepada PerakToday hari ini.

Selanjutnya baca d SINI
Share this article :

+ comments + 5 comments

Anonymous
January 5, 2013 at 10:41 AM

kasihan pakcik dan mak cik ni, senang-senang jer kena kelentong kaw-kaw dengan isteri PM.

Kelakar giler cerita orang KT ni, senang noo kena klentong.

Tukang siar cerita ni pun sama level IQ dengan pak cik Mustafa tu.

In bukan humble, ini kelentong

Anonymous
January 5, 2013 at 12:03 PM

Lagi kesian situkang kelentong.

Anonymous
January 5, 2013 at 12:07 PM

wan azizah,
zuraida kamarudin,
nurul izzah,
theresa cock,
elizabeth wong
PEGI MANA????? ko la sebenarnya yang kena tipu Anonymous January 5, 2013 10:41 AM . kena tipu sebab ingat sundal2 di atas yg akan membantu mangsa banjir kann???

Anonymous
January 5, 2013 at 1:02 PM

walau kau anggap kelentong...tapi benda tu dia buat jugak...dan jangan lupa, dia datang bukan atas tiket parti politik tapi atas tiket pandu puteri dan bukan berniat untuk dapat political mileage..kenapa bini Hadi atau bini Nik Aziz tak buat apa2 program macam tu?...kenapa ye?..SEDIH!!!

Anonymous
January 7, 2013 at 8:25 PM

Aku pulak kesian kt ko..tp aku x heran la dh mmg perangai puok2 bangkai..zaman nabi SAW dulu pun dh ade puok2 cam ko..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger