Label 10

Home » » Kelantan ! Industri Maksiat Terbaru ; Urut Bawah Selimut !!

Kelantan ! Industri Maksiat Terbaru ; Urut Bawah Selimut !!

Written By AAKJ on Saturday, January 26, 2013 | 11:00 AM




Tindakan seorang tukang urut wanita yang menyembunyikan pelanggan lelaki di bawah selimut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, berjaya dihidu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dalam serbuan di sebuah pusat spa, di sini. 

Dalam operasi terbabit, wanita berusia lingkungan 20-an itu pada mulanya tidak mahu membuka pintu bilik yang menempatkan pelanggan itu bersamanya, yang dikunci dari dalam sehingga menyebabkan pihak terbabit terpaksa menunggu hampir 20 minit di luar pintu bilik. 

Serbuan yang diketuai oleh Pegawai penguat kuasa MKPB-BRI Inspektor Roslan Yusof, bersama 20 penguat kuasa MPKB dan JHEAIK yang dilakukan hasil risikan dan maklumat awam. 
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Ramly Che Hussin berkata, dalam operasi yang dilakukan itu, pihaknya turut berjaya menahan wanita berkenaan serta lelaki itu yang sedang mendapatkan perkhidmatan mengurut. 

"Kita mengeluarkan tiga kompaun terhadap kesalahan menjalankan operasi spa tanpa lesen, di samping kompaun kepada tukang urut wanita yang tidak menutup aurat di bawah Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 serta menahan pelanggan berkenaan yang diserahkan kepada pihak jabatan agama. 

"Aktiviti terbabit merupakan perlakuan yang memalukan dan menjatuhkan moral umat Islam memandangkan wanita itu beragama Islam yang menjalankan perkhidmatan mengurut kepada pelanggan lelaki. 

"Pihak kami memandang serius aktiviti seumpama ini dan diharapkan agar peniaga yang menjalankan perniagaan spa, tidak menjalankan aktiviti seumpama ini. 

Perbuatan ini salah di sisi agama Islam memandangkan agama Islam menyuruh umatnya menjaga batasan perlakuan dengan lelaki bukan muhrim," katanya. 


foto hiasan je tu..kih kih urut bawah selimut tu kira tak dosa laa hehehe sebab 'tutup'..hahahah gilOOO !! zina tetap berlaku walau kulit tak bersentuh antara kemaluan kerana 'berlapik' kondom hahaha mampus laaa..fatwa sesat tu wehhh Sabu..ehh sabun !!

SUMBER
Share this article :

+ comments + 1 comments

dolmat..
January 26, 2013 at 11:25 AM

apa cer.. ni kelanta negeri parti islam rumah maksiat banyak''mana pok nik tak takutke bala akan meninpa..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger