Hakikatnya Datin Seri terbukti seorang wanita yang luar biasa apabila sanggup mengenepikan semua itu demi mengiringi suaminya ke Gaza. Berlawanan sungguh dengan apa yang sering digambarkan penyokong pembangkang disini.
Boleh dikira berapa kerat sahaja wanita pertama negara-negara di dunia yang pernah berkunjung ke Gaza. Benar, Najib bukan Perdana Menteri pertama di dunia yang melawat kawasan bergolak tersebut, sebelum beliau pun sudah ada beberapa pemimpin Arab yang berkunjung ke Gaza, tapi penulis yakin beliau adalah antara segelintir pemimpin yang berani membawa isterinya masuk ke kawasan tersebut.
Semua ini sebenarnya memberi makna yang besar. Perdana Menteri dan isteri bukan bercakap besar sahaja mengenai Gaza dan pembelaan ke atas rakyat Palestin, tapi beliau membuktikannya kepada dunia dan rakyat negara ini sendiri dengan melihat sendiri penderitaan umat Islam di sana dan menawarkan bantuan dari Malaysia.
Cerita selanjutnya d SINI
+ comments + 5 comments
Nik Aziz puji PM berani
KOTA BHARU, 11 Dec 2009: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang pejuang Islam serta pemimpin yang berani.
Beliau berkata, tindakan Perdana Menteri ke Selatan Thailand kelmarin dalam usaha membantu umat Islam di sana adalah satu tugas terpuji dan bersetuju dengan usaha yang dilakukan Presiden Umno itu.
Katanya, Najib juga dianggap sebagai pemimpin berani kerana masih sanggup bertemu dengan penduduk Islam di negara bergolak itu sedangkan ketika kunjungan berkenaan, berlaku beberapa kejadian menembak dan pengeboman yang mengorbankan beberapa nyawa.
Saya setuju sangat dengan tindakan Najib membantu itu, tapi ia hendaklah tidak kira orang Islam, malah membabitkan semua penduduk di situ.
Kalau ada usaha dari Malaysia untuk membantu penduduk Islam di negara itu (sebagaimana dilakukan Najib), saya cukup setuju. Penduduk Selatan Thailand itu sama ada Islam atau tidak, perlu dibantu, saya cukup dukacita dengan kejadian yang berlaku di negara itu, katanya selepas merasmikan seminar menjelang 20 tahun kepimpinan ulama membangun bersama Islam negeri Kelantan, di Dewan Konvensyen Pusat Perdagangan Kelantan, di sini, semalam.
Nik Aziz berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai lawatan muhibah Najib ke Narathiwat, Selatan Thailand, kelmarin, dalam usaha membantu masa depan sekolah dan masyarakat Islam di situ.
Dalam lawatan pertama Perdana Menteri Malaysia ke wilayah bergolak itu yang menyaksikan hampir 4,000 orang terkorban sejak Januari 2004, Najib berkata, Kerajaan Malaysia menimbang membantu sekolah agama di Selatan Thailand.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, beliau tidak seberani Najib untuk ke wilayah berkenaan kerana bimbang kena tembak.
Katanya, ada pihak daripada Selatan Thailand datang ke pejabatnya sebelum ini untuk meminta beliau mengadakan ceramah di negara itu, namun ditolak dengan baik.
INILAH DIKATAN UMAT YG BERSERAH PADA ALLAH SEPERTI NAJIB DAN ROSMAH KERANA MEREKA BERSERAH PADA ALLAH SWT UTK PERGI SENDIRI KE GAZA MELIHAT KEADAAN SEBENAR DAN MENGHULURKAN BANTUAN PADA MANGSA2 PEPERANGAN.
inilah contoh terbaik ds najib dan ds rosmah mereka sanggup menggadaikan nyawa sendiri utk pergi ke bumi gaza dan lihat keadaan sebenar di sana. siapa yg berani mcm mereka itu jgn cakap tapi tak bertindak juga kan tak berguna.
nik aziz pun respect kat najib dan rosmah atas keberanian mereka so aku harap lepas ini tak perlulah nak maki hamun pm kita lagi ye.
ada tak pemimpin pembangkang yg pernah pegi GAZA??sebab sblm ni diorng kat Malaysia ni ckp kencang,knonya pertahankan islam,knonnya baik tp ada tak yg berani pergi GAZA??DS NAjib mmbktikan yg dia bkn sekdar menanam tebu di tepi bibir shj,di saat2 mcm ni Palestin amat mmrlukan sokongan dari negara2 islam mcm kita terutamannya saudara islam kita..kami mendoakan agar pm dan isteri selamat sampai ke tanah air..
Post a Comment