Label 10

Home » » Foto !! Wajah Pengedar Bible Di Sekolah Di Dedah !!

Foto !! Wajah Pengedar Bible Di Sekolah Di Dedah !!

Written By AAKJ on Saturday, January 19, 2013 | 10:00 AM





Wajah Pengedar Bible di hadapan sek men jelutong pulau pinang. Didedahkan. Mana Perginya Suara PAS kononnya Sebagai Parti Islam?

Perlukah soalan ini ditanya ditanya kepada DAP? Rasanya tidak perlu, kerana untuk siapa lagi Bible berbahasa Melayu diedarkan jika bukan untuk mereka-mereka yang bertutur bahasa Melayu? Dan siapakah penutur bahasa Melayu jika bukan orang Melayu?

Justeru, mungkin tajuk di atas perlu diubah-suai sedikit dengan menujukan soalan tersebut kepada PAS dan bukan DAP. Kenapa PAS? Kerana PAS sering mendabik dada sebagai pejuang Islam dan ingin mempertahankan Islam. Secara logiknya pejuang Islam tentulah menentang usaha DAP ini.

Tetapi mungkin ada puak PAS yang bertanya, kenapa tidak ditanya kepada UMNO, bukankah UMNO juga mendabik dada mempertahankan Islam dan Melayu? Jawapannya, kerana UMNO bukan sekutu DAP, dan UMNO tidak pernah berbuat kenyataan berikut:

“Ada banyak buku dalam pasaran, banyak buku Kristian ditulis dalam Bahasa Malaysia. Dan, jika ada yang tidak boleh baca dalam Bahasa Malaysia, mereka akan membaca dalam Bahasa Inggeris, jadi saya tidak melihat sebarang sebab mengapa Kitab Injil harus ditahan,” katanya.” -- Nasharuddin Mat Isa, 15 Mac 2011 (Malaysian Insider)

Tajuk laporan Malaysian Insider yang memaparkan kenyataan Nasharuddin tersebut menjelaskan segala-galanya iaitu “PAS Hormati Injil Bahasa Malaysia”.

Laporan tersebut dibuat oleh Malaysian Insider berdasarkan masalah kemasukan 35,000 nashkah injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia pada ketika itu. 


Perkara ini dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong dengan berkata, “tindakan Kementerian Dalam Negeri menahan dan merampas lebih 30,000 naskhah di dua pelabuhan adalah satu “perkembangan tidak menggalakkan sama sekali.” Beliau menambah bahawa tindakan itu hanya akan memburukkan lagi imej mengenai Malaysia, yang dilihat sebagai negara moderat, di peringkat antarabangsa.

Seterusnya, Malaysian Insider juga melaporkan bahawa banyak pihak termasuk rakan-rakan PAS dalam PR menggesa Putrajaya agar membenarkan kitab Injil Berbahasa Melayu dibawa masuk ke negara ini serta merujuk kepada masalah yang berlaku di pelabuhan sebagai ‘sifat cetek gagasan 1 Malaysia’. Lim Kit Siang juga turut menyuarakan rasa ‘marah dan kecewa’ terhadap apa yang berlaku.

Injil berbahasa Melayu dari Indonesia itu menjadi kontroversi apabila menggunakan nama Allah dalam merujuk kepada Tuhan agama Kristian. Akibatnya, kerajaan telah dikritik oleh pertubuhan Kristian dan dituduh dengan sengaja menahan kitab injil tersebut dari masuk ke Malaysia sedangkan ia tidak salah berdasarkan undang-undang negara.

Pembangkang pula, iaitu PAS, DAP dan PKR mengambil kesempatan membelasah kerajaan atas isu ini atas tuduhan mengambil sikap berat sebelah dengan melebihkan agama Islam serta tidak bersifat terbuka dalam soal agama.

Laporan Malaysian Insider, termasuk dengan kenyataan Nasharuddin tersebut, adalah konsisten dengan pendirian Nik Aziz dalam isu yang sama sepertimana yang dilaporkan oleh Harakah 21 Januari 2010 iaitu “Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.”

Dan ini pula petikan kenyataan rasmi Presiden PAS, Hadi Awang di laman rasmi PAS pada 5 Januari 2010, iaitu: “Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.”

Penulis memetik kembali laporan-laporan dan kenyataan-kenyataan ini kerana terdapatnya puak-puak PAS yang cuba menafikan bahawa PAS menyokong Injil dalam Bahasa Melayu sambil menuduh UMNO sebagai tidak mengambil langkah sewajarnya untuk mengekangnya.

Sedangkan, hakikatnya pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang bukan sahaja memberi lampu hijau malah menekan kerajaan agar ‘mengambil sikap terbuka’ mengenainya.

Kini, ‘berkat’ dari perjuangan PAS menyokong DAP agar Injil berbahasa Melayu dibenarkan, maka hari ini terbitlah lagi 100,000 injil berbahasa Melayu untuk edaran. Mungkinkah Nik Aziz akan berkata ‘Alhamdulillah!’ sebagai respon kepada perkembangan ini?

Seperti yang dikatakan di permulaan artikel ini tadi, tidak perlu kita soal untuk apa dan kenapa atau kepada siapa Injil ini akan diedarkan oleh DAP. Kita tahu bahawa tidak lain tidak bukan, ia adalah antara usaha menggiatkan lagi proses memurtadkan umat Melayu yang mana merupakan antara agenda utama Kristianisasi DAP. Dengan penggunaan kalimah Allah dalam kitab injil tersebut maka, agenda ini juga yang nampaknya sedang berjalan seiringan dengan agenda pluralisme PKR.

Dengan laporan Malaysian Insider dan Harakah di atas, maka kita juga nampaknya tidak perlu lagi menyoal apakah pendirian PAS mengenai isu ini.

Sudah begitu jelas, terang lagi bersuluh bahawa PAS pastinya tiada masalah dengan 100,000 injil berbahasa Melayu untuk membantu penyebaran agama Kristian sekali gus usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak gereja.

Apakah PAS akan menafikan pernah berkata seperti di atas? Jika ya, maka PAS perlu terlebih dahulu menyaman Harakah dan Malaysia Insider.

Jika tidak, PAS wajar berhenti dari berdolak dalih dan mengaku sahaja bahawa mereka telah secara sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja, bersubahat dalam agenda kafir harbi untuk memurtadkan umat Islam.



Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
January 19, 2013 at 10:15 AM

PR buat buat bodoh atau memang bodoh mengenai Perlembagaan Malaysia Artikel 11. Kata ramai peguam. Sepatutnya Polis sudah boleh bertindak berdasarkan perlembagaan saja.

Artikel 11 Perlembagaan Malaysia antaranya menggariskan:

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.



(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Sumber: http://ahmadzikron-zikron.blogspot.com Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Kebebasan Asasi | ahmad zikron

Anonymous
January 19, 2013 at 11:45 AM

Hj Hadi ni kenapa? dulu hebat sangat kata UMNO/BN buat semua salah, semua haram, semua tak betul, semua membazir, la ni semua tu dia dah boleh buat dah, terjumpa surah baru ke? come on lah puak2 ni.... dulu berjuang nak cari pahala, sekarang yang dpt bala include dosa. Kata Nik Aziz MENGARUT! tapi nak kawan dengan syaitan,,,, Haiyaaaa PAS PAS!

Anonymous
January 19, 2013 at 4:15 PM

apa bukti yang edar tu orang dap.ada cop kt dahi dia orang dap.blm apa2 dh jatuh hukum.dh ada gambar pg la repot polis.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger