Ya,ramai penyokong PAS yang begitu taksub dengan Tok Guru, bagi mereka adalah menjadi kesalahan & kesilapan besar jika menyerang tok guru yang wahid ini. Ibaratkan untouchble & maksum.
Buat penyokong PAS di Manek urai, adakah anda akui tok guru maksum? jika dia maksum mana mungkin melakukan sebarang kesilapan. Adakah pendedahan demi pendedahan yang dibuat dikatakan fitnah? mereka yang menutup pemikiran & jumud barangkali akan marah apabila sesuatu yang pincang didedahkan terhadap tok guru.
Penyokong PAS seolah olah mengambarkan pemimpin mereka adalah orang orang suci,tidak terpalit langsung dengan kekotoran & kesalahan. Psy war di mainkan hingga orang UMNO sendiri percaya kempen melondehkan kesalahan & kekhilafan Tok Guru & PAS adalah salah. Di Manek urai,adalah medan mendedahkan kesalahan mereka yang maksum ini.
STESYEN MINYAK NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA
Stesen Minyak Petronas hak milik Nik Mohd Asri Bin Nik Aziz (anak Nik Aziz). Asalnya stesen ini diurus oleh Mesra Makmur Trading yang dimiliki oleh Hood Bin Mohd Isa KP:691119105535.
Beliau berasal dari Selangor bekas pemandu Nik Aziz dan menantu Nik Aziz. Hood selaku pengurus pada masa itu telah berjaya memajukan perniagaan ini. Beliau membantu Nik Aziz dalam pilihanraya 2004 dengan cara memberi petrol percuma pada hari mengundi jika motosikal atau kereta membawa bendera bulan - Pas.
Apabila Stesyen ini maju maka anak- anak Nik Aziz iri hati melihat penguasaan Hood keatas stesyen ini. Perbalahan telah berlaku, Nik Aziz gagal menyelesai krisis dalam keluarganya sehingga Hood telah disingkirkan dan membawa diri ke Trengganu. Sekarang stesyen itu diserahkan kepada Nik Mohd Asri pemilik tunggal As Sobru Jaya Trading.
Hood tahu cerita sebenar mengenai bagaimana tipu helah untuk membina stesyan minyak ini. Nik Aziz telah membeli tanah Lot 550 Kg Pulau Melaka tapak stesyen itu dengan memaklumkan kepada tuan tanah bahawa untuk membina asrama kesiankan pelajar tidak cukop tempat menginap.
Tetapi setelah tanah dimiliki oleh Datin Tuan Sabariah isteri Nik Aziz, tanah itu telah dibangunkan stesyen minyak. Terkejut yang amat sangat tuan tanah, kerana tanah itu dijual dengan harga yang murah.
Stesyen Petronas bersama dengan tanah sekarang bernilai RM1 juta. Nik Aziz jutawan.
Nik Aziz makan pun menyamar kepada rakyat. Kesian orang Pas kena tipu kononnya cara hidup Nik Aziz sederhana. Rupanya Jutawan.
RUMAH MENANTU NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA
Rumah menantu Nik Aziz terletak di belakang rumah Nik Aziz Pulau Melaka. Nilainya RM1 juta. Ada jaga 24 jam sehari.
Kalau rakyat nak jumpa dengan Nik Aziz maka dia akan tunggu di rumah lama, untuk rakyat tengok dia hidup sederhana. Tapi bila nak berehat pergi rumah banglow milik menantu. Menantu pakai kereta mewah kalau baru harganya RM250,000 sebuah.
Apa nama menantu Nik Aziz?..Nik Arif Fahmi Abdul Rahman, orang yang paling berkuasa dalam kerajaan Nik Aziz.Menantu Nik Aziz bekerja sebagai CEO Perbadananan Menteri Besar (PMB), Kereta Mercedes berserta dengan pemandu disediakan. Semua projek yang nak join vanture dengan PMB sebelum angkat kepada Pengerusi PMB mesti diluluskan oleh CEO dulu.
Siapa Pengerusi PMB? tak lain dan tak bukan Nik Aziz. PMB sudah jadi hak anak beranak. Banyak syarikat pelaburan PMB mengalami kerugian. Habis lah duit rakyat Kelantan di pulon mertua dan menantu. Bila rakyat nak jumpa datang lah kerumah depan, kecil dan sederhana. Kereta Mercedes RM500,000 dan CRV Rm 70 ribu untuk Tuan Sabarian ulang alik ke pasar. Rumah inilah yang selalu ditonjol oleh Nik Aziz.
TUAN SABARIAH SEORANG JUTAWAN
Kononnya Bandaraya Islam Kota Bharu berkembang tapi ada udang disebalik batu, sama hebat dengan pengumpulan harta oleh keluarga Nik Aziz. Tuan Sabariah kuat berniaga, pernah berniaga jualan langsung, hampir semua muslimat Pas di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Kubang Krian menjadi ahli.
Sekarang mengalami kerugian ada muslimat Pas yang mengalami kerugian RM50,000 seorang. Kita boleh bayangkan berapa banyak wang muslimat Pas hangus.
Apabila muslimat minta ganti katanya tak ada wang. Dalam pada itu sempat Tuan Sabariah membeli dua unit Rumah Kedai di Taman Koperasi Tanjung Chat Bandar Kota Bharu nilainya RM2 juta.
Kata penduduk Pulau Melaka banyak tanah orang kampong sekarang menjadi milik keluarga Nik Aziz yang bernilai berjuta-juta ringgit. Dari mana Nik Aziz dapat duit bergitu banyak? Ini lah kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Isteri Ulamak, dalam diam juga seorang jutawan.
sumber ;
+ comments + 8 comments
salam. ada sorang lg anak yb tuan guru nik aziz yg menguruskan stesen minyak di dungun, trengganu. ini sahih sbb itu yg disebut oleh cucu tuan guru yg bersekolah di sebuah sekolah cina ci kuala dungun. bukan ada apa2 tuduhan kt sini, cumanya mereka sebenarnya memang keluarga org kaya. zuhud @ tidak itu antara mereka dgn Allah...
Kalau lah perkhabaran dan jalan cerita ini benar maka ku mohon kepada Allah supaya membuka hati penganut PAS
Assalamualaikum sahabat seIslam,
Pemimpin negara yg benar adalah berdasarkan Alquran n hadis. Pemimpin tersebut mestilah seorang yg amanah dan kuat. Tok Guru seorang pemimpin Islam yg bertaqwa sbb itu ramai pengikutnya yg dikatakan 'taksub' tanpa sebarang media massa yg adil untuk mempromosikan dirinya yg biasa sahaja kehidupannya mcm kita..cuma beliau dihormati kerana Allah mengangkat darjat hambaNya yg bertaqwa.. malah fitnah itu menambah ibadahnya kepada Allah..
terima kasih.. adilkah pemimpin yg korupsi seperti saudara khir toyo yg menelan duit rakyat bertahun setelah jd menteri besar selangor hanya di kenakan penjara setahun tp org yg mencuri sebuku roti di supermaket di penjara lebih dr 3 tahun...astagfirullah zalimnya kerajaan..
kaya setelah memerintah kelantan 21 tahun.
anwar lepas.dna x nk bg.sumpah x sggup lafaz..hakim kta kesilapan teknik.tp blaku liwat..pok nik kta ffitnah..hadi kta cctv saksi besi..kalimah allah bdolak daleh..ade ilmu ke x dia ni..puluhan tahun bn memerintah x pernah kalah..allah pekenan..pas sembahyang hajat nk hancur umno yg byk bjasa kpada agama islam baik di mlsia @antarabangsa..pas pe ada..fitnah2 saja yg dia tau..Bn akan terus utuh..tanpa kemurkaan Allah yg esa..amin
jika artikel ini fitanah atau bohong,, minta tok guru n ahli keluarga saman... sekiranya artikel ni betul.... (rakyat akan ckp benda ni tetap fitnah ) jgn lupa nik aziz pun manusia jugak.....nik aziz nik aziz.... dulu aku cukup taksub dengan mu kewarakan mu... tetapi setalah ku pikir... kau manusia mcm aku jugak nik aziz...ambil la contoh kepimpinan RASULLAH S.A.W.. shj..
LOLLLL....
tu baru 1/10..
umno punye???
lagi byk spelek laaa...
cincin,kapal,syukoi,petronas, dan banyk lag...
org main politik nie,..
kut2 mana pon...ad utk kpentingan diri sendiri jgk...
tapi klu dah kapai selam haga 2 inggit yang p buat tuntutan qo ribu..
2 mmg melampau...
renung2 kan lah...
semut di amsterdam bleh nampak..
cincin kat tngan x nampak???
2 baru cincin yg x nampak..
kapai selam pon x nampak gamaknye...
Tak payah la dengki. Itu rezeki mereka. Ingat senang ke nak jadi wakil rakyat, nak jadi Menteri Besar? Dapat gaji, dapat imbuhan, itu hak mereka… lainlah kalau duit tu duit HARAM… duit seleweng, duit rasuah….
Berilah peluang mereka menikmati sedikit nikmat dunia… berbaloi dengan kerja keras, pikul tanggungjawab yang berat dsb. Kita ada? kita sanggup?
Rakyat biasa yang tak seberatmana kerja dan tanggung jawab, ramai yang berpendapatan jauh lebih tinggi, Simpanan jauh lebih banyak…. kadang2 sampai lupa akhirat kerana kejar dunia… Tapi mereka, dalam mengejar dunia, mereka patuh mengerjakan ibadat… dua-dua dapat. Kau dapat?
Ingat tak sabda Rasulullah? "Bekerjalah, seperti kamu akan hidup selamanya, dan beribadatlah seperti kamu akan mati esok hari…" Hadis saheh tu….
Balu dan keluarga TGNA, teruskanlah penghidupan seperti biasa dan sepatutnya...
Post a Comment