Label 10

Home » » Dedah ! Foto Istana Milik Penceramah Pas !

Dedah ! Foto Istana Milik Penceramah Pas !

Written By AAKJ on Tuesday, January 15, 2013 | 10:17 AM




Umum mengetahui bahawa pemimpin Pas dan pakatan haram memang bijak bermain silap mata di hadapan rakyat.

Kehadiran mereka ke ceramah-ceramah dengan menaiki kenderaan biasa berjaya mengaburi mata rakyat yang menyangka mereka adalah orang yang biasa-biasa sahaja.

Lebih celaka, dalam ceramah, mereka pula tuduh orang lain hidup mewah kerana amalan rasuah dan pelbagai. Jadi itu antara modal yang digunakan untuk mengutip wang rakyat melalui derma politik di dalam ceramah pakatan haram.

Sedangkan, di belakang rakyat mereka juga sebenarnya hidup senang lenang dengan kemewahan yang menakjubkan. Ada yang memiliki kenderaan mewah lebih dari sebuah.

Ini tidak termasuk kapal layar peribadi, rumah penginapan di luar negara dan macam-macam lagi yang rakyat tidak tahu.

Walaupun hakikatnya, mereka ini tidak punya pekerjaan melainkan menghambakan diri kepada parti politiknya dan siang-malam asyik maki hamun di dalam ceramah sahaja.

Jadi, mana datangnya sumber kekayaan itu?

Lain ceritanya pula, gambar di atas menunjukkan kediaman milik bakal calon Pas bagi parlimen Larut pada pilihan raya umum akan datang (PRU-13).

Kediaman adalah milik bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' Mohd Fauzi bin Shaari yang terletak di No 7 Jalan 15/10, Seksyen 10, 40000 Shah Alam.

Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.

Namun ketika itu, penduduk tidak tahu banglo mewah itu milik siapa. Rupa-rupanya milik salah seorang pemimpin Pas.

Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini? Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?

Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?


SUMBER
Share this article :

+ comments + 13 comments

Anonymous
January 15, 2013 at 11:14 AM

Ntah2 duit rasuah masa jadi polis dulu.. nak cuci tangan jadi pembangkang.. jadi rakyat x akan soal.. cuba sokong kerajaan mseti dah kena soal punya.. kalau pembangkang kaya raya mesti rakyat diam je.. ok xpe.. mentaliti penyokong pembangkang memang zero, longkang..

Anonymous
January 15, 2013 at 11:38 AM

ALLah tau segalanya.Mampos nanti terimala.Dalam ceramah org lain semua jahat puak dia jah yang baik.Celako.... 100X.

January 15, 2013 at 12:18 PM

Weyy.. jangan buruk sangka. Tu duit 'EPF' dia tu.

Anonymous
January 15, 2013 at 12:22 PM

Puak Pakatan memang pandai buat andaian..ye le sapa tok guru diaorang.Hati2 wahai suadaraku..takut2 andaian anda adalah fitnah.Tapi yang nyata Dato Fauzi punya banglo beso lepas masuk PAS...

Anonymous
January 15, 2013 at 12:22 PM

Itulah jalan singkat puak ni nak sucikan duit haram. Masuk Pas smua beres.Pok Nik ada tlg cuci dosa. Nasib kamulah labi...

Anonymous
January 15, 2013 at 12:29 PM

Polis mana ada EPF.

Anonymous
January 15, 2013 at 12:40 PM

Aku sokong semua komen di atas. Kalau anda lening bergelumang dengan dosa dan noda, terlibat dengan pelbagai skandal,cepat2 lah masuk PAS
keraana segala perbuatan anda sebelum ini tidak akan dipersoalkan.

January 15, 2013 at 2:03 PM

graduity, tabung koperasi polis, public mutual, ASB.
Ni semua DUNIA.. nak kaya takat mana? Tun M, DSNTAR, sapa-sapalah yg kaya.. sebenarnya tak jadi masalah.. KECUALI sehingga mengakibatkan rakyat mengalami kesukaran dengan peningkatan kos hidup dan cara hidup yg semata-mata nak cari duit untuk mencukupkan nafkah keluarga...

Ramai golongan sederhana sekarang ini sedang mengalami kesukaran!!! terutama pekerja swasta / pekerja status kontrak dan yg seumpamanya...

Hamri 0135300900 / mohdhamri@yahoo.com

otai JB
January 15, 2013 at 2:14 PM

Dalam pas kan ada pederi besor yg blh hapuskan semua dosa, sbb tu la ramai kakitanganga kerajaan yg korup join pas bila pencen. Al-maklum lah pederi dia org blh hapus segala dosa

Anonymous
January 15, 2013 at 2:52 PM

EPF dia 'Ekoran Pentas Fitnah'

January 15, 2013 at 3:37 PM

ikut suka dia la rumah camna pun. dok tunjuk rumah yg korang tak suka je. cuba TUNJUK SIKIT RUMAH ORANG UMNO camna. Kalau mentaliti rendah jangan tunjuk kebodohan sendiri.

aku tak follow mana-mana parti politik, pada aku senang, kita orang islam buat cara orang islam. dalam memilih pemerintah, cari yang di kalangan ulama, yg boleh jadi imam. sedangkan nak cari suami pn kena cari beriman, inikan pula nak cari pemerintah.


Anonymous
January 15, 2013 at 4:35 PM

jelek tengok perangai pembangkang ni...nak iya2 sangat sapu kerusi parlimen larut tu knp? dah berapa kali pru di situ, pembgkang pernah menang ke? berlagak mcm org menang, tapi hakikatnya kalah..pru13 nak nak letak bekas pegawai kanan polis kat situ pulak? bersih ke dia ni? faham2 je le jaga bhgn jenayah..boleh menang ke dia ni? letak org yg orng pas anggap suci pun tak menang ni pulak nak letak bekas pegawai polis ni..org kampung semua dah tahu...!!!!

Anonymous
January 15, 2013 at 5:14 PM

terbaik hohoho.JANGAN UNDI PEMIMPIN YANG RASUAH.Kau orang semua nak tahu apasal UMNO parti rasuah sebab kita undi , rembat duit rakyat kita undi,rasuah kita undi,pecah amanah kita undi,bodoh mcm lembu kita undi

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger