Kira-kira 6,000 penuntut Universiti Selangor (Unisel) yang akan memulakan sesi pengajian mereka tidak lama lagi terpaksa tinggal di luar kampus di Bestari Jaya, Kuala Selangor dekat sini, berikutan sembilan asrama universiti milik kerajaan negeri itu ditutup untuk kerja-kerja pembaikan.
Pegawai Perhubungan Awam Unisel, Hasril Abu Hassan yang mengesahkan penutupan itu berkata, pihaknya telah menyediakan lima lokasi penempatan sementara sebagai asrama para penuntut universiti terbabit.
"Lima penenempatan sementara itu ialah Azalea Court di Bandar Tasik Puteri, Asrama Unisel Kota Puteri, Bukit Minyak Bestari Jaya, Taman Ilmu Bestari Jaya dan Mega Crystal Resort yang mana kesemua lokasi tersebut terletak di Kuala Selangor.
"Namun kita tidak dapat memberi tempoh masa sebenar penutupan ini memandangkan kerja-kerja pembaikan asrama tersebut akan mengambil masa panjang iaitu kira-kira setahun atau mungkin lebih" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Baca d SINI
foto hiase jah tu hahaha gilOO wehh kalid gagap !!
Post a Comment