Label 10

Home » » Apalagi Yang Anda Mahu Melayu Korbankan ?!!

Apalagi Yang Anda Mahu Melayu Korbankan ?!!

Written By AAKJ on Wednesday, January 23, 2013 | 8:00 AM


Melayu sudah menyerahkan banyak hak mereka kepada kaum lain di negara ini semata-mata untuk mewujudkan perpaduan dan suasana yang harmoni.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Melayu suatu ketika dahulu mempunyai 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini tetapi sanggup berkorban dan menyerahkan sebahagian hak itu kepada kaum lain.

“Selepas itu, jumlahnya berkurangan kepada 60 peratus. Tiada penduduk di mana-mana negara di dunia ini yang mahu berbuat demikian.

“Hanya orang Melayu yang sanggup melakukannya. Kita banyak menyerah dan berkorban hak untuk orang lain.

“Segala-galanya kita serah kepada orang asing. Kita sanggup tukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia. Tiada lagi unsur Melayu yang ada. Orang Melayu tidak marah tetapi merelakannya,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Program Transformasi Ekonomi dan Pelajaran MelayuPulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di
sini, semalam.

Selain itu, orang Melayu memberi hak warganegara atau kerakyatan kepada orang asing walaupun ia tidak berlaku di negara lain sejak dahulu lagi.

“Walaupun kita penduduk majoriti tetapi orang Melayu hanya menguasai 30 peratus ekonomi.

“Berbanding penduduk kaum lain berjumlah 40 peratus, mereka menguasai 70 peratus dari ekonomi negara ini.

“Orang Melayu masih menyerah dan merelakannya. Tetapi apabila peluang 30 peratus yang ada pun masih mahu diganggu orang lain, orang Melayu mulai gusar dan menjadi marah,” katanya.

Sehubungan itu katanya, penduduk kaum lain di negara ini perlu bersyukur dan berterima kasih kepada Melayu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mewujudkan keamanan di Malaysia.

Mahathir turut membidas sikap sesetengah kaum di negara ini yang masih belum puas, sebaliknya mahu pula menguasai politik tanah air, yang selama ini didominasi orang dan parti politik Melayu.

“Tak cukup lagikah dengan penguasaan 70 peratus dalam ekonomi selama ini. Apa matlamat mereka untuk menguasai politik pula,” katanya.

Menurutnya, Melayu perlu sedar keadaan itu dan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk memastikan nasib mereka terus terbela hingga generasi akan datang.





Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
January 23, 2013 at 8:15 AM

Tanya PKR dan PAS!apa lagi hak melayu yang mereka nak korbankan .Kalau ikut nafsu mereka,mereka akan mengorbankan apa saja demi kuasa untuk 5tahun,lepas tu melayu nak mampus,mampus leeee.
Berkokoklah PAS/PKR sehingga ekor bergelumang tahi!

Anonymous
January 23, 2013 at 8:26 AM

Wahai anak anak ku sekelian..TANPA UMNO orang melayu tak akan sampai kemana..baik buruk Umno itulah satu satu nya Parti Orang Melayu..Terima Kasih Tun M.

January 24, 2013 at 7:25 AM

Apa yang TDM cakap tu betul... sbb apa? sbb org melayu mmg boddo... boddo dlm segala aspek terutamanya melayu di pihak PR... digula2 dgn duit oleh PR bawak anak bini pi demo... berguling2 atas jalan tu melayu... terjerit jerit dgn sepandok tu melayu... org cina tepuk tangan sbb apa?... sbb melayu mmg boddo... org cina pandai... org cina kalau bagi betis bukannya nak paha tapi nak cipap... dah dapat cipap melayu nak bontot pulak... fikir-fikir la saudaraku di pihak PR...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger