Program Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina menampilkan sesuatu yang lebih segar dengan konsep dan pengisian baru pada musim kelima bermula 2013.
Rancangan bual bicara yang memasuki tahun ke-5 penerbitannya akan memperkenalkan segmen terbaru yang bakal menjadi inspirasi golongan wanita.
Beberapa segmen baru diperkenalkan menerusi Majlis Perlancaran rancangan terbabit yang bakal menemui penonton setiap Sabtu jam 11 pagi di saluran TV1.
Pengacara rancangan berkenaan, Zamzarina Zambri ketika di majlis perlancaran musim baru program Apa Kata Wanita menyatakan dua segmen yang bakal menarik lebih ramai penonton lebih menumpukan soal kesihatan serta jenayah yang membabitkan golongan wanita.
Katanya, segmen ‘Fat To Fit (F2F)’ yang merupakan slot berbentuk realiti dan ‘TANGKAS’ yang memaparkan demonstrasi teknik bela diri diyakini mampu menarik lebih ramai penonton.
“Untuk segmen F2F yang berbentuk realiti, ia memberi gambaran sebenar bagaimana 6 peserta terpilih menurunkan berat badan dengan cara yang betul dan sihat selamat antara 3 ke 4 bulan.
“Segmen ini bertujuan untuk menerapkan budaya sihat dikalangan masyarakat dan mendapatkan panduan yang betul untuk menurunkan berat badan.
“Satu lagi segmen baru yang kita panggil TANGKAS pula akan memaparkan demonstrasi teknik bela diri khusus untuk wanita yang menjadi keperluan pada zaman ini di mana jenayah boleh berlaku di mana-mana.
“Jadi dalam segmen ini, setiap minggu satu teknik bela diri wanita akan diperkenalkan secara teori, demonstrasi teknik dan lakonan situasi sebenar yang bolehkan penonton mempraktikkan teknik tersebut,” katanya.
Baca seterusnya d SINI
Post a Comment