Label 10

Home » » "Amanat Itu Bukan Amanat Saya.." Hadi Awang Hj Kona

"Amanat Itu Bukan Amanat Saya.." Hadi Awang Hj Kona

Written By AAKJ on Monday, January 7, 2013 | 10:00 AM




Nampaknya Hadi Awang semakin jauh tersesat dalam mempertahankan perjuangan songsangnya bersama PAS.Isu amanat yang kini mula memakan diri beliau sedikit demi sedikit sudah menampakkan kesan paling kritikal apabila Hadi sendiri semakin hilang arah.

Malah beliau kini dilihat mempergunakan apa saja kaedah bagi mempertahankan dirinya dan juga parti PAS walaupun tindakan tersebut dilihat cukup memalukan bagi seorang pemimpin yang diangkat sebagai ulama oleh juak-juak PAS.

Merujuk kepada kenyataan Hadi dalam HarakahDaily beliau berkata ‘amanat’ itu merupakan satu petikan daripada ucapan beliau yang dibuat di Banggol Peradong 31 tahun yang lalu.

Ustaz Abdul Hadi menjelaskan beliau tidak pernah menamakan ucapan tersebut sebagai amanat tetapi dibuat oleh pihak lain.

“Amanat itu satu petikan, saya tidak menamakan ‘amanat’ tetapi orang lain yang menamakan ‘amanat’ dan yang beri nama ‘amanat’ itu termasuk Umnolah.

“Bukan saya menamakan ‘amanat’, ia petikan ucapan saya selepas itu dibentang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu. Ketua Biro Agama Umno bentang dan saya bangun (jawab)…betul, itu ucapan saya. Masa itu kenapa tidak hujah, selepas 30 tahun baru hendak hujah,” ujarnya.

Begitulah dangkalnya Hadi dalam mendepani isu ini bukan saja meletakkan kesalahan tersebut kepada orang lain malah mempersoalkan pula mengapa tidak berhujah sejak 30 tahun lalu.

Apakah Hadi buta ? Selama ini UMNO dan pemimpin lain sering kali berhujah dan memberikan kenyataan berkenaan amanat Hadi yang sudah pun menyebabkan ramai dikalangan orang Islam sendiri berbalah malah sudah ada kes-kes yang melibatkan penceraian,perpecahan keluarga,sembahyang dua imam,mereka yang dikebumikan tanpa diuruskan jenazah dengan sempurna dan banyak lagi.

Mengapa semenjak itu Hadi hanya mendiamkan diri? Sebagai orang yang bertanggungjawab mencetuskan suasana dan pemahaman tersebut beliau seharusnya tampil menjelaskan apabila keadaan memerlukan penjelasan bukannya dengan berdiam diri dan kemudiannya menuding jari kepada orang lain.

Jelas sekali Hadi adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan jauh tersesat ! Hari ini Hadi dilanda wabak bongkak kerana beliau turut mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mengeluarkan surat rasmi berkenaan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang amanat beliau.

Beginikah sikap seorang ulama dan pemimpin yang kononnya meletakkan Islam sebagai keutamaan perjuangannya ? Dalam keadaan banyak pihak mendesak beliau untuk menarik balik amanatnya Hadi lebih suka memilih jalan kontroversi ataupun penentangan bagi menghadapi isu ini yang turut mencemarkan moral dan imej Hadi sendiri.

Baca d SINI
Share this article :

+ comments + 6 comments

Anonymous
January 7, 2013 at 10:37 AM

tak payah lah nak spin lg tentang AMANAT tu..kami gulongan MUDA dh faham sgt apa isi kandungan AMANT tersebut..PRU ni pun kami dah berkira2 ambil keptusan tdak lg memberi 1 undi pun kpd parti PAS..PKR...dulu..aku memg penyokong PAS...tp sekarng dah dan akan UBAH kpd BN....slmata tinggal Pakatan Rakyat....

Anonymous
January 7, 2013 at 10:54 AM

Amanat Haji Hadi Awang merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu.

Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi.

Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983.

Kedua dalam tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat

Dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat
.

Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985

--------------------------------------------

Kalau dari tahun 1983 lagi PAS Kelantan, PAS Pusat, Pemuda PAS Pusat pernah cetak amanat sesat tu takkan hadi boroi tak perasan kot. Tak payah nak kona-kona la hadi boroi, terang lagi bersuluh. Saje nak spin untuk tunjuk salah orang lain pulak...

Anonymous
January 7, 2013 at 10:55 AM

Sehubungan dengan amanat sesat hadi boroi itu Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 21 November 1984 telah membincangkan mengenai isu kafir mengkafir sesama orang Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua bahawa ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam sebagai kafir atau sebaliknya iaitu ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli PAS kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh yang demikian ahli-ahli UMNO atau sesiapa jua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia.

2. Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah. Perbuatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta.

Anonymous
January 7, 2013 at 11:09 AM

MUNAFIK

January 7, 2013 at 11:44 AM

sokong agama islam anda pasti selamat itu janji ALLAH . barang berbuat maksiat atau siapa sokong pembuat maksiat,simpati kepada pembuat maksiat pasti kena azab neraka itu janji ALLAHUAKBAR...

definasi maksiat itu ialah perkara yg di tegah oleh ALLAH .
agama islam bermaksud sekumpulan undang2 yg diturun kepada NABI SAW
dari ALLAH SWT untuk manusia seluruhnya dan juaga jin.
sekumpulan undang2 itu pula termasuklah hudud yg ditolak oleh umno dengan pelbagai alasan...sedangkan ada di sebut dgn jelas dlm quran dan hadis NABI SAW
(jika umno ikhlas pasti ada masterplan perlaksanaannya ...dah 50thn ni..NABI SAW dakwah 23thn saja )

Barang siapa ingkar satu HURUF dari Quran tiadalah lagi IMANnya

hadirkanlah diri anda kemajlis ilmu ISlam supaaya anda tidak tersesat atau disesatkan

Anonymous
January 7, 2013 at 12:11 PM

X pyh cerita byk. Dah lama x selesai malah berpanjangan dan makin melalut dan merapu. Aku dah hilang respek kat org mcm en hardy ni. Bg aku dia sekadar ahli politik mcm ahli2 politik lain jgk, x lbh dr itu. Ulamak? Maaf, jauh sekali la.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger