Salam 2013 khas untuk sahabat aakj, khas untuk pembaca blog aakj yang tak seberapa ini..terima kasih kerana sudi jengok blog aakj..tanpa anda semua..aakj takkan dapat menulis sepanjang masa hehe..buat apa nak tulis kalau orang tak baca..alhamdulillah..berkat sabar..anda sebagai pendorong utama maka aakj akan terus menulis..
Beberapa bulan yang lalu..aakj pernah tulis bahawa satu hari nanti aakj nak masukkan "slot" baru sebagai antara rencah dalam blog aakj, rencah jalan-jalan lihatlah Malaysia..lihatlah negara kita..ada tempat menarik..ada makanan yang sedap dan pelbagai tempat sejarah malah tak ramai yang tahu wujudnya tempat seindah itu d negara kita..tersembunyi bagaikan mutiara yang tak pernah d gilap..entah d mana silapnya..samada pegawai yang bertanggung jawab tak jalankan tugas atau promosi tak menjadi hehe..
Aakj ambil kesempatan sempena tahun 2013..tahun baru..sambil2 kita cerita tang politik..aakj nak paparkan tempat menarik yang aakj sendiri ke sana atas jemputan sahabat..atau jemputan jabatan atau hotel atau pemilik tempat yang menarik tersebut..aakj cuba ceritakan pengalaman yang aakj lalui walaupun hanyalah seketika..supaya kita dapat share bersama..
Hehe bukan nak lawan "Jalan-Jalan Cari Makan" produk TV3..tapi ala-ala haha..harap2 kawan-kawan blogger yang lain jangan marah..bukan taknak cerita tang politik..sekadar nak berkongsi dan artikel sebegini hanya sekali sekala kiranya aakj berpeluang jalan-jalan cuci spek hahahah blog aakj dalam persediaan ke arah PORTAL..so kena muat banyak cerita pelbagai rasa..
Oklah..panjangla plak celoteh kat atas tu haha..ni nak cerita tempat yang aakj pergi sebelum banjir melanda kampung tersebut..wahhh kalau tengok tajuk kat atas tu macam Los Angeles..LA hahaha..bukan..cuma uniknya kampung ini adalah namanya pendek sangat..LA..kampung LA..
Dalam negeri Terengganu..hampir dengan sempadan negeri Kelantan..dari Jerteh lebih kurang 30km..
Yang menarik d sini..kolam air panas semulajadi. panas sangat..bau belerang dapat d hidu bila kita masuk ke kolam yang d bina supaya pengunjung dapat berendam..kata orang tua baik untuk kesihatan..urat2 yang tersimpul dapat d regangkan hehe..
Aakj masuklah dalam kolam tu hahaha panasssss..rupanya ada cara..kalau tak ada yang masak hahaha..masuk pelan-pelan..air jangan berkocak..kalau air berkocak maka panasnya makin menjadi..ada pengunjung yang menyelam hehe..aakj tak berani..berendam tahap leher pun dah mula rasa pening..bukan kerana panas tapi kerana kita dok hidu bau belerang yang amat kuat..so hati-hati bila kita nak berendam d mana-mana kolam air panas d Malaysia atau d mana saja hehe..
Dulunya Kampung LA ini pernah tenggelam kerana Empangan yang berdekatan pecah..satu kampung tenggelam..kini tenggelam juga aakj dengar..banjir rupanya..selepas aakj balik ke KL..hujan mula turun d Pantai Timur dan keadaan d kampung LA teruk terkena banjir..hehe so tak sesuai ke sana pada musim tengkujuh..
Ada Chalet d sediakan..2 jenis..satu yang berharga RM70 sehari dan yang RM50 sehari..biasanya pengunjung bawa bekal sendiri..mereka masak d tepi sungai sebelah kolam air panas tersebut.
Pengunjung yang berdekatan pula, mereka datang seawal jam 7pagi untuk berendam...
Keadaan tempat aakj puji..bersih..d jaga rapi dan pihak penyelia kolam air panas ini juga mengenakan bayaran RM1 seorang, kanak-kanak bawah 12 tahun percuma.
Cuma aakj mohon pihak kementerian Pelancungan..hantarlah pegawai anda kerap sikit ke sana..ianya d bawah kementerian anda..aakj ada lihat papantanda warta atau gezet bahawa kementerian pelancungan yang jaga tempat ini..lihat apa yang perlu dan "upgrade' bukan sekadar kedai cenderamata..bukan sekadar dirikan warung makanan..banyak lagi benda yang boleh d tambah d sana..tempat ni memang menarik..
Aakj beri "A"...menarik dan mudah ke sana dengan jaringan jalanraya walau jalan kampung tapi turapan yang jaga rapi.
Tambah seronok bila puas berendam..aakj terus ke Kuala Besut..ke Kg Nail..ada kedai sarapan pagi yang yang penuh dengan pelanggan, ada nasi lemak ikan tongkol..ada nasi kerabu..nasi kuning atau nasi minyak..laksam dan lain lain lagi..malah boleh kunjung pasar pagi terbesar d daerah itu d Kuala Besut.
hehe lupa nak cakap..masa nak berendam tu aakj terbaca notis amaran.."Dilarang masak telur..." hehe jangan salah sangka..telur ayam memang akan masak kalau rebus kat situ sebab panas woo..kalau setakat maggi tu tak sampai 2 minit hehe...
+ comments + 4 comments
Menarik!! Muga selepas ni ada resort2 panggil aakj untuk bantu mereka promosi tempat mereka.
X singgah rumah ayah pin ke... Hahaha
AAKJ SELAMANYA!!
ssya dah pergi bsma kluaga bkelah kat air panas la..pd raya ketiga 2010..memang menarik..
*Felda kota gelanggi 3.
Post a Comment