Tahniah aakj ucapkan kepada Kumpulan PENDITA dan UMNO Bahagian Pasir Puteh Kelantan kerana membuat program tanpa ada batasan politik.
Anak orang UMNO atau anak orang Pas atau Pkr semuanya diraikan oleh UMNO Bhg Pasir Puteh dengan kerjasama erat PENDITA dalam satu majlis anugerah khas sumbangan kepada pelajar yang cemerlang yang mendapat 5A dalam UPSR 2011.
Sumbangan berupa wang tunai ini bukan sekadar meringankan beban keluarga, membantu keluarga yang kurang mampu malah anak keluarga yang mampu juga diraikan..asalkan mereka cemerlang dalam UPSR baru-baru ini..tegas Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh..yang d kenali ramai dengan nama Cikgu Awi...
Tambah Ustaz Rujhan,wakil PENDITA..UMNO mengekalkan tradisi membela rakyat tanpa wujudnya batasan kepartian malah melangkaui batas agama. Jelas beliau yang juga Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Islam membantu semua manusia, Nabi saw mengajar kita hidup bantu membantu dan bukannya mencetus suasana tegang antara agama yang akhirnya membawa kesan negatif pada Islam itu sendiri.
Untuk rekod, hasil usaha UMNO Bhg Pasir Puteh, PENDITA dan Ustaz Saidi, hari ini lebih dari 3000 ahli Pas mengisi borang UMNO. Mereka mula sedar bila penjelasan berfakta diberikan oleh kumpulan PENDITA betapa UMNO mampu membela dan meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya di Malaysia ini.
Jelas seorang penerima bantuan yang dulunya orang kuat Pas, beliau terharu dengan usaha tanpa jemu UMNO dalam mengekalkan kedaulatan Islam di Malaysia walau dihina dan dikeji oleh pakatan pembangkang !
Post a Comment