Label 10

Home » » HUKUMAN PENJARA D TARIK BALIK !! GENG OCCUPY BERPESTA !! FOTO !

HUKUMAN PENJARA D TARIK BALIK !! GENG OCCUPY BERPESTA !! FOTO !

Written By AAKJ on Monday, December 24, 2012 | 6:00 PM




Antarapos.com - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara ke atas aktivis pelajar Umar Mohd Azmi.

Umar sebelum ini menghabiskan hujung minggunya di Penjara Kajang.

Dalam membenarkan rayuan untuk penangguhan hukuman itu, Hakim Amelia Tee mengenakan beberapa syarat ikatjamin yang ditambah daripada RM1,000 kepada RM5,000.

Tee juga mengarahkan Umar menghadiri prosiding rayuan mahkamah berikutnya dan mengelak terlibat dalam kesalahan yang serupa.

"Jika dia didapati berbuat demikian (terlibat dalam kesalahan yang sama), pihak pendakwaan hendaklah memohon membatalkan serta-merta ikat jaminnya. Kemudian dia (Umar) hendaklah menjalani hukumannya serta-merta," katanya.

Bercakap di luar bilik mahkamah kemudian, bapa Umar, Mohd Azmi Mohd Amin berkata keluarga akan membayar ikatjamin hari ini.

Katanya, beliau bersyukur hukuman anaknya telah ditangguhkan dan mereka akan ke Penjara Kajang untuk mengambil Umar.

Umar yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan diploma dalam jurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Hulu Klang, sebelum ini didakwa dengan sengaja menghalang tugas penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada menangkap dan mengiringi ketua aktivis Occupy Dataran, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.
 
Fahmi Reza dikatakan enggan mendengar arahan DBKL untuk menurunkan khemah yang mereka pasang di Dataran Merdeka, April lepas bagi menyatakan bantahan pada skim pinjaman pendidikan yang ditawarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN).

Mereka mahukan skim itu dimansuhkan kononnya menzalimi pelajar dengan kadar faedah yang tinggi.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger