Label 10

Home » » FOTO !! SALAH SIAPA WARGA NIGERIA MATI D PUKUL KERANA MENCABUL !!

FOTO !! SALAH SIAPA WARGA NIGERIA MATI D PUKUL KERANA MENCABUL !!

Written By AAKJ on Saturday, December 1, 2012 | 2:00 PM

Kebimbangan penghuni Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat dekat sini terhadap kebanjiran pendatang asing dari Afrika sampai ke kemuncaknya hari ini apabila seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi.

sebahagian warga Afrika berkumpul kerana tidak berpuas hati berikutan kematian seorang rakan mereka.



“Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki Nigeria itu yang juga menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu. Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas,” katanya kepada pemberita di sini.

Ab Rashid berkata menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan.

Beliau berkata, anggota polis yang tiba ke tempat kejadian kemudian mendapati lelaki Nigeria itu yang diikat berada dalam keadaan tidak bermaya dan terus membawanya ke sebuah pusat perubatan terdekat, namun disahkan mati sebaik tiba.

Katanya, mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Ab Rashid berkata, kesemua tujuh anggota Rela itu yang berumur lingkungan 20-an telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis masih menyiasat sama ada lelaki Nigeria tersebut mati akibat dipukul menggunakan senjata atau sebaliknya.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu beberapa lelaki Afrika telah berkumpul dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka tetapi berjaya dileraikan oleh pihak polis.

Sementara itu saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Abu berkata, kira-kira 200 lelaki Afrika telah merusuh sebelum ketibaan pihak polis dan mereka telah merosakkan beberapa harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela.

“Saya nampak mereka telah merusuh apabila mendapat tahu rakan mereka telah mati dan kejadian ini telah menakutkan penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang sering mabuk sebelum ini pernah menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan itu. – Bernama


AAKJ ; mohon pihak yang berkenaan semak semula bagaimana mereka ni datang ke negara kita..kenapa mereka datang dan untuk apa..terlalu longgar datang ada impak yang tidak baik...
Share this article :

+ comments + 5 comments

Anonymous
December 1, 2012 at 2:53 PM

Hishamudin Menteri dalam negeri tak tegas..malu ada menteri macam ni..kedaulatan negara..dicabul sewenang oleh NEGRO..Menteri KDN buat apa..tukar kerja lain lah hisham..

Anonymous
December 1, 2012 at 3:35 PM

Agak menghairankan... pihak berkuasa sedar tak apa kesan yang kita dapat dengan kebanjiran warga afrika ni... kehadiran dan kebanjiran mereka ini hanya buat kita tak tenteram... majoriti mereka ni berlagak hero... salah siapa.. salah lemahnya penguatkuasaan undang-undang sehingga mereka sebebas-bebasnya masuk ke negara kita... ada yang kata nak melancong.. ada yang kata nak belajar... sampai bila kita terus dibohongi...???

Anonymous
December 1, 2012 at 5:37 PM

ramai nigerian yg sy kenal dr laman sosial seperti facebook n tagged kononnyer belajar, tp dlm masa yg sama sibok meng'ayat' wanita tempatan utk jd 'gundik' dorang atau nk jdkn ibu n mesin duit...

Anonymous
December 2, 2012 at 1:14 PM

Harap sangat kerajaan dapat kawal kemasukan pendatang asing supaya tidak bebas melakukan apa saja di Malaysia. Pastikan kehadiran mereka dan jangan lambakkan mereka untuk berkerja di sini terutama pendatang dari negara yang sering buat kes kat sini. Jangan pandang ringan tentang perkara ini, harap tiada kompromi dalam perkara ini lebih2 lagi jika boleh menyebabkan negara tergadai.

Anonymous
December 11, 2012 at 12:31 AM

Sukar utk membendung kerana terlalu byk kolej2 swasta di lembah klang...terutamanya pusat bahasa...dah bleh ckp omputih tp belajar bahasa ompuitih lagi..padahal ada niat lain nak tnggal di malaysia.....aptb!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger