Label 10

Home » » DS ROSMAH HARGAI USAHAWAN MUDA..WAN JIJAH HARGAI BINI AZMIN ?!! KAH KAH KIOOK !

DS ROSMAH HARGAI USAHAWAN MUDA..WAN JIJAH HARGAI BINI AZMIN ?!! KAH KAH KIOOK !

Written By AAKJ on Saturday, December 1, 2012 | 12:00 PM


Peserta Persidangan Perniagaan Muda Asia Pasifik (APYBC2012) diraikan dalam satu Majlis Penghargaan dan Makan Malam Amal yang berlangsung di Hotel Renaissance
Majlis tersebut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga selaku penaung bagi program tersebut.
Para peserta persidangan, khasnya usahawan muda dari rantau Asia Pasifik yang berkongsi buah fikiran dalam persidangan yang berlangsung selama tiga hari bermula Isnin antara yang diraikan dalam majlis tersebut.
Penganjuran majlis itu juga bertujuan memberi penghargaan kepada usahawan muda dan syarikat ternama yang berjaya mempromosi tanggungjawab sosial dalam menjalankan perniagaan masing-masing.
Bagi menceriakan lagi majlis, penganjur juga telah mengadakan lelongan bagi mengumpul dana di mana hasil kutipan wang akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan.
Hasil lukisan pelukis tempatan seperti Rafie Rahman, Bhanu Achan, Ismail Kadir dan Maamar Jantan dilelong sebagai usaha penganjur membantu para pelukis tempatan memperbaiki hidup mereka.
Sementara itu Rosmah dalam ucapannya berkata, penganjuran persidangan tersebut dilihat sebagai pentas terbaik dalam melahirkan golongan usahawan muda dan Perusahan Kecil dan Sederhana (SME) bagi memantapkan sistem ekonomi rantau Asia.
Beliau berkata, sektor perniagaan bukan sahaja memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi tempatan dan juga global malah membuka peluang pekerjaan yang begitu tinggi kepada masyarakat.
“Di peringkat global hari ini sektor perniagaan dilihat sebagai pembekal utama dan pencipta peluang pekerjaan baharu.
“Di Malaysia, SME menyumbang kira-kira 32 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menyediakan 56 peratus peluang pekerjaan serta 19 peratus eksport,” kata beliau.
Di samping itu, beliau turut menggalakkan usahawan muda melihat kisah kejayaan inovasi seperti Amazon, Google, Apple, Facebook serta Microsoft sebagai ransangan untuk mereka mencipta inovasi yang baharu.
“Pada zaman yang serba mencabar ini, usahawan perlu melihat sesuatu perkara itu secara berbeza, inovasi dan mencipta penyelesaian baru. Kita perlu menggalakkan bakat dan pemikiran muda yang serupa di kalangan generasi usahawan muda di Malaysia,” tambah beliau.
Perubahan masa yang berlaku telah melihatkan pengguna kini semakin bijak dan sehubungan itu masyarakat memerlukan sektor perniagaan yang lebih prihatin secara sosial amnya memandangkan ia berkait rapat dengan persekitaran ekonomi masyarakat, katanya.
“Saya menggesa komuniti perniagaan untuk memainkan peranan penting dalam transformasi sosial dan ekonomi menerusi idea baru,” tambah Rosmah lagi.
Share this article :

+ comments + 1 comments

December 2, 2012 at 12:23 AM

penghargaan terus diberikan kepada golongan usahawan muda dalam meningkatkan ekonomi negara kita..rosmah terus dijadikan role model dalam malaysia..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger