Label 10

Home » » SELANGOR !! SAMAN "AES" HANYA RM60.00 !! HEBAT SI GAGAP NI !! KAH KAH KIOOOK !!

SELANGOR !! SAMAN "AES" HANYA RM60.00 !! HEBAT SI GAGAP NI !! KAH KAH KIOOOK !!

Written By AAKJ on Tuesday, November 6, 2012 | 6:00 PM


Bila AES diperkenalkan oleh JPJ untuk bertujuan mengurang kadar kemalangan, maka terlalu ramai yang berkokok kononya AES menzalimi rakyat. Ada yang kata AES ini adalah SR1M (saman rakyat 1Malaysia).

Maka ramailah puak pembangkang mula menembak kerajaan kononya AES adalah cara kerajaan kutip duit daripada rakyat untuk bagi BR1M. Akhirnya rakyat yang bodoh dan tidak berilmu mula percaya dengan dakyah tersebut.

Tapi kalau betul pun hasil dari saman AES itu dijadikan BR1M apa masalahnya? Daripada kita lansung tidak dapat apa-apa.

Isu AES peluang untuk negeri dibawah pentadbiran Pembangkang menjadi hero. Mereka mendesak kerajaan persekutuan supaya AES ditangguhkan di negeri mereka. 

Lupakan pasal AES. Aku nak cerita apa yang berlaku pada diri aku hari ini. Jam 11.00 pagi bertempat di Rawang, satu saman parking dikeluarkan dan diletakkan di cermin kereta aku. 

Aku mula fikir, apa salah aku sampai Majlis Perbandaran Selayang keluarkan saman pada aku? Hanya kerana aku parking kereta. Sedangkan parking kereta lansung tidak membahayakan nyawa orang lain. Aku lampirkan gambar surat saman Parking untuk panduan pembaca.


Aku bukan nak marah pun saman yang dikeluarkan pada aku. Cuma aku hairan apa yang selama ini pihak pembangkang tuduh kerajaan BN, kutip duit saman AES bagi BR1M pada rakyat miskin. MPS kutip duit saman Parking, apa rakyat Selangor dapat?

Siapa pentadbir negeri Selangor? Khalid Gagap PKR. Apa kerajaan negeri buat dengan hasil duit saman parking RM60.00 setiap saman? Masalah air di Selangor sampai sekarang masih tidak selesai, tapi kaut duit rakyat melalui saman Parking.

Sekali lagi aku ulang, kalau benar kerajaan BN kutip duit rakyat melalui AES, paling tidak duit itu rakyat dapat BR1M, tapi kerajaan PR Selangor kaut duit rakyat melalui saman Parking, masalah air pun tidak selesai. 

RM60.00 bayaran saman.

Saman parking baru RM60.00 tapi saman AES sampai RM300.00. 60 ker 300 ker, ianya tetap duit rakyat. Pasti puak pembangkang akan kata, kalau takut kena saman parking, parking la tempat yang betul dan bayar tiket parking, selesai masalah.

Aku nak jawab bagi pihak AES, kalau takut kena saman AES jangan bawa laju-laju, pun selesai masalah. RM60.00 setiap kali saman, kalau kata setiap hari saman keluar sebanyak 1000 keping, jumlahnya menjadi RM60,000.00. Kita darabkan dengan 30 hari, jumlahnya RM1,800,00.00 hasil Majlis Perbandaran Selayang Selangor.

Itu baru perkiraan untuk daerah Selayang. Kalau didarab dengan 10 daerah! Berapa angka yang kita perolehi? Tapi masalah air Selangor masih gagal untuk diselesaikan oleh Khalid Gagap. Apa yang mereka tahu, kaut duit rakyat cukup-cukup kemudian biarkan rakyat mandi air karat.

Kesimpulanya, juak PR jangan nak jadi hero dalam isu AES sebab anda juga 2x5. Kutip duit rakyat, kaut harta rakyat walaupun hanya parking tidak bayar tiket.

Share this article :

+ comments + 1 comments

azman
November 6, 2012 at 6:56 PM

klau dulu pakatan haram cakap najib terlibat dlm skandal RM500juta scorpene, skrg bila DAP terlibat juga dengan skandal RM500juta kenapa mereka diam?

DAP terlibat skandal RM500juta babit projek perumahan rakyat Pulau Pinang

cakap tak serupa bikin

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger