Label 10

Home » » woOO !! BLOGGER BN MELUTUT MOHON MAAF PADA PAS ?!! VIDEO !!

woOO !! BLOGGER BN MELUTUT MOHON MAAF PADA PAS ?!! VIDEO !!

Written By AAKJ on Saturday, October 27, 2012 | 11:22 PM


Disebabkan artikel MyMassa yang ini (http://mymassa.blogspot.com/2012/10/gambar-penyokong-pas-yang-sudah-murtad.html), blog ini telah dihentam teruk oleh penyokong PAS di ruangan komen.

Oleh kerana Hari Raya Korban hampir tiba, MyMassa menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada mana-mana individu yang tersentuh atau tercuit dengan artikel tersebut.


MyMassa sedar, sebagai bukan penyokong PAS, blog ini tidak ditauliahkan oleh tok guru-tok guru PAS untuk 'memurtad atau mengkafirkan' pihak lawan seperti mana yang PAS buat sama ada di internet, di pentas ceramah mahu pun kedai kopi. Kalau dah nama tak ditauliahkan, maka nak bertanya atau persoalkan (?) pun tidak berhak sebagai mana keistimewaan yang diterima oleh pemimpin dan penyokong PAS.


Hal ini menyedarkan MyMassa bahawa PAS adalah PARTI PALING SUCI DALAM DUNIA. Mereka seolah-olah diampunkan kesalahan dan dosa oleh tok guru-tok guru PAS sama ada dalam MENFITNAH, MENCACI, MENCARUTdan sebagainya.


Malah kuasa MENGHALAL DAN MENGHARAMKAN UNDI juga ada pada pemimpin PAS.


Sebagai penutup kepada permohonan maaf, MyMassa letakkan entri daripada Tun Dr. Mahathir bagaimana jawapan beliau apabila beliau sendiri menjadi mangsa tok guru PAS.

BUKTI MENGKAFIR UMNO

1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO.

2. Allah Maha Kaya.

3. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, "apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir.
4. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan.

5. Tetapi sebelumnya dia mendakwa "sokong PAS ertinya sokong Islam". Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah - "Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah".

6. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.

7. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir.

8. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.

9. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

10. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius.

11. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting.

12. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

13. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

14. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO.

15. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

16. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka.
Sumber : http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/02/bukti-mengkafir-umno.html
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
October 28, 2012 at 12:40 AM

Nik Aziz, Hadi Awang, pimpinan PAS sudah lama sesat yang dah mati tu pandailah jawab dalam kubur yang masih hidup tu segeralah bertaubat sebelum terlambat!

Salasilah Tok Kenali
October 28, 2012 at 10:23 AM

Perlu diingat barang siapa yang berpaut pada tali Allah swt maka ia akan selamat dunia dan akhirat.

Barang siapa yang berpaut pada tali PAS maka ia amat rapuh dan mudah putus. Amalan penganut PAS yang taksub.

Penghayatan yang dibawa oleh Nik Aziz sepanjang hayatnya.

Mudah sangat untuk menyimpul falsafah orang seperti ini.

January 22, 2014 at 9:07 AM

sebuah artikel dengan penghayatan yang luar biasa

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger