Label 10

Home » » WAN AZIZAH MASIH CARI JAM OMEGA ANWAR SEDANGKAN ROSMAH MEMBINA ANAK BANGSA

WAN AZIZAH MASIH CARI JAM OMEGA ANWAR SEDANGKAN ROSMAH MEMBINA ANAK BANGSA

Written By AAKJ on Sunday, October 28, 2012 | 10:27 AM


ROSMAH MILIKI PERMATA 1BILLION - PART 2


Ada pihak mengatakan tiada beza antara PAPN (Pusat Anak Permata Negara) dengan Taska Kemas...

Jawapan ZZ.. BENAR DAN TEPAT SEKALI..

Mengapa?? Kerana Taska Kemas telah menggunapakai kurikulum Permata sejak tahun 2009.. sekian, terima kasih..

  
Sambungan Part 1..


Keperluan mengadakan satu program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak atau di lebih kenali di peringkat global sebagai programEarly Childhood Education and Care (ECEC) adalah berikutansehingga tahun 2008, negara kita masih belum ada satu dasar yang komprehensif yang menggabungkan aspek asuhan dan didikan awal kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun di negara ini. Pada masa yang sama, tiada satu kurikulum kebangsaan digubal untuk mengintegrasikan aspek asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur 4 tahun di Malaysia.

Sehingga 2012, Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) diwajibkan kepada semua pengusaha/pengasuh berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, namun demikian aspek utama KAAK memberi tumpuan kepada asuhan dan keselamatan kanak-kanak. 

Oleh itu, menyediakan program ECEC yang berkualiti adalah sangat penting bagi menentukan hala tuju ECEC di negara kita. Ini kerana pelaburan yang dibuat untuk setiap kanak-kanak yang baru lahir pada hari ini akan memberikan pulangan yang amat besar di masa hadapan. Di samping itu, program ECEC yang berkualiti adalah asas kepada pembangunan modal insan yang produktif di abad ke-21. Pada 24 Oktober 2008, kerajaan telah meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan khusus untuk kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun meliputi 4 komponen utama iaitu:

(i)  Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan;
(ii)   kemudahan Fizikal;
(iii)  tenaga pendidik; dan
(iv)  penglibatan Ibu Bapa.

Jika dilihat, Kementerian Pelajaran telah pun mewujudkan Dasar Pendidikan Awal untuk kanak-kanak berumur dari 4 hingga 6 tahun dan telah menyediakan Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun di bawah Akta Pelajaran 1996. Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan ini digunapakai oleh semua Pra Sekolah dan TADIKA yang sedang beroperasi.

            Memang benar TASKA KEMAS telahpun beroperasi sejak tahun 1960 dulu, walaubagaimanapun pengoperasian TASKA KEMAS ini adalah bersifat pusat jagaan sahaja. Kanak-kanak di TASKA KEMAS kebanyakkan di peringkat usia 1 hingga 4 tahun, dan merekasebenarnya sudah boleh didedahkan kepada proses pembelajaran peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada pembesarannyaPada usia ini mereka seperti span yang mampu menyerap apa sahaja dengan cepat di persekitarannya.Oleh itu mulai tahun 2009, melalui peruntukan yang diberikan kepada Program PERMATA, sebanyak 313 buah TASKA KEMAS telahpun dinaiktaraf di seluruh negara dan tenaga pendidiknya telah dilatih bagi membolehkan semua TASKA KEMAS menggunapakai Kurikulum PERMATA Negara.

Oleh itu, jika pada masa ini dilihat pelaksanaan aktiviti di TASKA KEMAS adalah sama dengan Program PERMATA Negara adalah kerana TASKA KEMAS telahpun menggunapakai Kurikulum PERMATA Negara sejak tahun 2009. Ini juga menunjukkan bahawa keberkesanan Kurikulum PERMATA Negara di TASKA KEMAS.

Adalah diharapkan dengan pemakaian Kurikulum PERMATA Negara ini, TASKA tidak lagi dilihat sekadar sebagai kemudahan untuk jagaan anak sahaja dengan penumpuan hanya diberikan kepada aspek asuhan dan jagaan tetapi turut diseimbangkan  dengan memberi perhatian yang rapi terhadap perkembangan kanak-kanak itu sendiri dari segi pertumbuhan atau kesuburan , emosi, pemikiran dan tingkah laku.

Kurikulum PERMATA Negara tidak hanya menekankan aspek pembangunan intelek, tetapi memberi penekanan yang besar kepada pembinaan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian kanak-kanak. Di samping itu kurikulum ini juga telah mengambil kira aspek pengasuhan penting daripada Kurikulum Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan telah mendapat input berhubung kesihatan dan pemakanan bagi bayi dan kanak-kanak dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kurikulum PERMATA Negara juga telah dipastikan berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berteraskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Semasa  proses pembinaannya, pihak penggubal telah mengkaji dan melihat beberapa model kurikulum awal kanak-kanak Negara maju serta program asuhan dan didikan awal yang dilaksanakan di Negara mereka. Antara yang menjadi rujukan ialah:

· Kurikulum Montessori:
· Kurikulum Reggio Emilia:
· Kurikulum High Scope, Amerika Syarikat:
· Kurikulum The Under Threes and Early Learning Goals,United Kingdom:
· Kurikulum Te Whariki, New Zealand: 

Berdasarkan statistik 2007, dianggarkan juga daripada 8,841 buah TASKA ini, hanya 30% atau 2,653 buah TASKA (berdaftar dan tidak berdaftar) terletak di kawasan luar bandar yang memberikan perkhidmatan pengasuhan kepada 80,000 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun. Daripada jumlah 2,653 buah TASKA ini, sebanyak 304 buah TASKA adalah di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan bilangan kanak-kanak seramai 3,654 orang.

Oleh itu dianggarkan hampir 90% atau seramai 2,816,200 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun TIDAK mendapat pendedahan kepada apa-apa program ECEC yang mana amat kritikal bagi merangsang perkembangan awal pembangunan minda mereka. Sekiranya trend ini berlanjutan di mana hanya 10% sahaja kanak-kanak bawah 4 tahun mendapat akses kepada mana-mana program ECEC, adalah diunjurkan bahawa pada tahun 2020 bila mana Malaysia disasarkan mencapai taraf negara maju, hampir 3,399,480 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun tidak berpeluang mengikuti program ECEC. Keadaan ini menunjukkan bahawa keperluan untuk menyediakan program ECEC bagi kanak-kanak bawah 4 tahun adalah amat kritikal. Kanak-kanak ini sepatutnya diberikan pendedahan kepada program ECEC yang lebih sistematik dan terancang sebelum memasuki persekolahan secara formal.

Melihat kepada senario di atas, bertepatanlah keputusan kerajaan meluluskan Kurikulum PERMATA Negara sebagai Kurikulum Kebangsaan dan akan digunapakai di semua TASKA bagi membolehkan semua kanak-kanak di TASKA mulai tahun 2013. Dengan semua kanak-kanak di TASKA akan mendapat peluang mengikuti program ECEC yang baik dan berkualiti. 


BERSAMBUNG....

Share this article :

+ comments + 2 comments

October 28, 2012 at 11:37 AM

program pendidikan PERMATA merupakan satu strategi yang boleh dijadikan sebagai persediaan untuk membina modal insan terbaik negara dalam masa sama menghalang unsur negatif dalam memupuk peribadi mulia.program ini telah menunjukkan kejayaannya sehingga di iktiraf oleh negara luar..rosmah telah membuka mata semua pihak bahawa program ini terbaik untuk kanak-kanak..tahniah rosmah berjaya menjadi program ini berjaya walaupun beliau sibuk dengan jadual yang padat..

October 28, 2012 at 9:58 PM

Itulah realitinya.. datin rosmah sentiasa mencari kebaikkan untuk masa depan anak anak.. Walaupun beliau sering menjadi mangsa fitnah puak pembangkang.. Beliau tidak putus asa berusaha.. Aku respek datin !! Steady.. Teruskan.. Rakyat melihat apa yg datin lakukan.. Biarkan puak pembangkang terus mencaci maki sedangkan mereka lebih teruk dan hina !!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger