Label 10

Home » » PEGAWAI PENGAJIAN TINGGI JUAL MAKLUMAT PADA TIAN CHUA DENGAN HARGA SEORANG PELACOR ?!!

PEGAWAI PENGAJIAN TINGGI JUAL MAKLUMAT PADA TIAN CHUA DENGAN HARGA SEORANG PELACOR ?!!

Written By AAKJ on Wednesday, October 10, 2012 | 11:30 PM



Maklumat ‘dalaman’ yang kami terima ini amat mengejutkan!
Seorang pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berpangkat Senior Director dikatakan telah bertemu dengan Tian Chua untuk menyalurkan maklumat dalaman kementeriannya.  Dan sudah pastilah pertemuan dengan Tian Chua bukanlah sekadar pertemuan biasa, sebaliknya pertemuan yang mengandungi maksud tertentu.
Tian Chua sebagaimana yang diketahui merupakan ‘posmen’ dan ‘pengantara’ yang banyak mengatur pembocoran rahsia dari kakitangan awam dengan menggunakan dana yang telah dikhususkan kepadanya. Jawatan Tian Chua dalam PKR adalah Ketua Penerangan. Dan sebagai Ketua Penerangan, sudah tentulah Tian Chua yang turut menjadi pengantara terpenting Anwar Ibrahim dengan George Soros, Tian Chua mempunyai kelebihan dari segi kewangan bagi mendapatkan maklumat-maklumat serta merangka strategi yang lebih berkesan.
Latihan pemberitaan dan pengorekan maklumat telah diperolehi oleh Tian Chua ketika dia bersama-sama Ramos Horta, pemimpin yang kemudiannya menjadi Presiden Timor Leste pada tahun 1985. Horta mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Australia dan Amerika Syarikat yang akhirnya menyaksikan negara kecil tersebut keluar dari gabungan Indonesia untuk membentuk negaranya sendiri dengan bantuan kewangan Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara Eropah lain.
Anehnya, keadaan dan rakyat Timor Leste tidak pernah bertambah baik walaupun negara kecil berkenaan berkhidmat sebagai pecacai kepada kuasa-kuasa besar dan Australia.
Pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi tersebut berbangsa India. Menurut maklumat, pegawai kanan berkenaan sedang berada dalam masalah kewangan yang sangat teruk. Hutangnya dengan Ah Long, atau ceti haram telah melebihi RM700,000. Dek kerana hutang tersebut dan buruan Ah Long, pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi itu sanggup mendedahkan apa-apa sahaja maklumat Kementerian Pengajian Tinggi kepada Tian Chua, asalkan hutangnya boleh dijelaskan oleh PKR.
Bagi memulakan rundingan dan kerjasama, pegawai berkenaan telah meminta wang pendahuluan sebanyak RM180,000.
Dan semenjak itulah, banyak maklumat berhubung Kementerian Pengajian Tinggi dan bidang kuasa di bawah Kementerian berkenaan dibocorkan.
Itu cuma satu kes, melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi. Ada 24 buah Kementerian di Malaysia. Dan dalam 24 buah Kementerian di Malaysia itu, sudah pasti terdapat ramai yang menjadi gunting dalam lipatan, sama ada untuk parti yang mereka ‘sayangi’ mahupun yang menerima cek bayaran daripada konco-konco Anwar Ibrahim.
Rasuah yang ditawarkan oleh konco-konco Zionis seperti Tian Chua dan ketuanya, Anwar Ibrahim kepada kakitangan-kakitangan awam sememangnya merupakan sebahagian daripada modus operandi penjajah kapitalis untuk meruntuhkan negara ini. Justeru, pihak berkuasa perlu memaksimakan tindakan dan keputusan yang lebih tegas untuk menangani rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang kelihatan semakin hari, semakin membimbangkan!

gambar hiasan je tu kih kih
Share this article :

+ comments + 3 comments

October 11, 2012 at 12:06 AM

apakah kesudahannya cerita mengenai peg kanan yg jual maklumat ni??????

Anonymous
October 11, 2012 at 12:40 AM

hahah Tian Chua ni dah jadi James Bond la pulak. Spy bersepai...

Anonymous
October 12, 2012 at 4:27 PM

Cite mcm tak masuk akal aje.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger