Label 10

Home » » FOTO !! CALON PMR PALING "SENIOR" UMUR 50 TAHUN !! perghHH !!

FOTO !! CALON PMR PALING "SENIOR" UMUR 50 TAHUN !! perghHH !!

Written By AAKJ on Thursday, October 11, 2012 | 8:00 AM



Pak Cik umur 50 Ambil PMR 2012
Nampaknya abang dah buat kesilapan besar apabila hanya mengucapkanselamat berjaya buat pelajar Tingkatan 3, sedangkan ada calon lain yang bukan daripada Tingkatan 3 turut menduduki PMR 2012.
Dalam surat khabar Harian Metro pada hari ini ada menyiarkan berkenaan calon paling tua yang menduduki PMR 2012 iaitu seorang pak cik yang berumur 50 tahun. Pak cik ini menduduki PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru. Turut bersama pak cik ini ialah seorang lagi rakan yang berusia dalam linkungan 4-an.
Pak cik yang dikenali sebagai Nordin ini merupakan seorang tukan kebun yang ingin menebus semula kegagalan semasa menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada 35 tahun yang lalu. Zaman tu PMR belum wujud lagi. Setara la SRP dengan PMR ni.
“Saya menduduki PMR kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 35 tahun lalu.
“Saya mendaftar untuk menduduki PMR pada Februari lalu dengan yuran RM85. Walaupun sibuk, saya meluangkan masa mengulangkaji pelajaran.
“Pada mulanya anak dan isteri menyangka saya hanya bergurau, tetapi mereka kemudian memberi semangat dan dorongan,” katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger