Label 10

Home » » NIK AZIZ ANJURKAN DOA SUPAYA MALAYSIA MENJADI NEGARA KRISTIAN?

NIK AZIZ ANJURKAN DOA SUPAYA MALAYSIA MENJADI NEGARA KRISTIAN?

Written By AAKJ on Friday, October 12, 2012 | 11:00 AM



Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharauddin Mat Isa mendedahkan DAP dalam satu majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu telah menganjurkan doa supaya “Malaysia menjadi negara Kristian”. 

 “Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini. “Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran. 

 “Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian,” katanya ketika membentangkan kertas kerja dalam program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

 Dalam program itu Nasha juga turut menyokong pendapat Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menegur tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersekongkol dengan penganut Islam berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.

Seorang pemimpin tertinggi PAS menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger