Label 10

Home » » AZIZAH MENGAMUK KEDUTAAN MALAYSIA DI DOHA DITUTUP 3HARI UNTUK DS ROSMAH HALANG ANWAR JADI PM?

AZIZAH MENGAMUK KEDUTAAN MALAYSIA DI DOHA DITUTUP 3HARI UNTUK DS ROSMAH HALANG ANWAR JADI PM?

Written By AAKJ on Friday, October 12, 2012 | 10:46 AM



Hangat diputarbelitkan isu sebenar 'Penutupan Kedutaan Malaysia di Doha' selama tiga hari ekoran Lawatan Kerja Isteri Perdana Menteri Datin Sri Rosmah Mansor. Isu ini hanya hangat diperkatakan di dunia cyber dan media sosial.   

Ini adalah berdasarkan penjelasan Duta Besar Malaysia ke Qatar, Ahmad Jazri Mohd. Johar kepada ZZ melalui telefon . Harapnya dengan penjelasan ini dapat menjawab isu berkenaan.

Adalah tidak benar dakwaan mengatakan Kedutaan Malaysia ditutup apatah lagi mengaitkannya dengan lawatan Isteri Perdana Menteri. Operasi tidak ditutup tetapi sebaliknya DIPINDAHKAN SEMENTARA ke Bilik Sekretariat di Hotel St. Regis. Ini memandangkan pihak Kedutaan perlu menguruskan sejumlah DELEGASI YANG BESAR dari Malaysia termasuklah Isteri Perdana Menteri, delegasi Ketua Menteri Sarawak dan delegasi Kementerian Penerangan yang diketuai Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz serta delegasi ahli-ahli perniagaan Malaysia.

Memandangkan jumlah delegasi Malaysia yang besar sempena Inside Investor Forum yang berlangsung di St. Regis Hotel di Doha maka pihak Kedutaan telah memindahkan sementara operasi ke Bilik Sekretariat di Hotel St. Regis Hotel. Bilik sekretariat ini dibuka 24jam sehari sepanjang tempoh berkenaan. Dengan kekuatan hanya seramai TIGA ORANG PEGAWAI TERMASUK DUTA, maka pemindahan sementara operasi ke Bilik Sekretariat adalah wajar. 

Walaupun operasi berpindah sementara ke Bilik Sekretariat di Hotel St. Regis, namunsemua  urusan konsular adalah beroperasi seperti biasa malahan juga terdapat beberapa kes konsular yang diselesaikan daripada Bilik Sekretariat. Delegasi Malaysia yang hadir ke forum yang dinaungi oleh Sheikh Hamad bin Jassim bin Jabr Al Thani, Perdana Qatar dikhabarkan berjumlah hampir 72 orang. Malah, jumlahDELEGASI YANG TERBESAR ADALAH DARIPADA SARAWAK
Adalah tidak tepat dan sangat tidak wajar apabila terdapat dakwaan mengatakan pejabat kedutaan ditutup sempena lawatan kerja Isteri YAB Perdana Menteri. Malahan tugas melayani dan menemani Isteri YAB Perdana Menteri sepanjang tempoh lawatan 3 hari 2 malam tersebut dilakukan oleh Isteri Duta Besar, Puan Sabariah Jazri. Duta Besar hanya mengiringi Isteri YAB Perdana Menteri semasa acara rasmi berlangsung sahaja.    

Menjawab tohmahan mengatakan kejadian pemindahan operasi ini pertama kali berlaku, Ambassador Jazri menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan prosedur yang sama berlaku semasa lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan lawatan rasmi YAB Perdana Menteri sebelum ini.
Menjelas lanjut, Ambassador Jazri berkata jarak bilik operasi sementara hanyalah 3 kilometer sahaja daripada pejabat Kedutaan dan perjalanan sekitar 5-7 minit sahaja. Memang pihak Kedutaan ada menampal notis di luar pagar dan makluman melalui MAQ (Persatuan Malaysia Qatar). Ini adalah pemberitahuan supaya semua urusan konsular boleh dilakukan di Bilik Sekretariat dan tidak timbul soal Kedutaan tidak beroperasi sebaliknya dengan adanya operasi sementara di Bilik Sekretariat, urusan Konsular di BUKA 24 JAM SELAMA TIGA HARI TERSEBUT

Share this article :

+ comments + 2 comments

October 12, 2012 at 11:12 AM

Bodo punya Anwar punyai isteri sebangang Azizah ni, low class. Masa Anwar jadi TPM dulu pun prosedur sama dilakukan bila beliau dan Menteri-Menteri datang melawat luar negara, siap semua keluarga di kedutaan memasak untuk jamu beliau dan delegasi makan. Malah ramai yang mengiringi Wan Azizah pergi buat lawatan dan shopping. Anwar tau dan tak marah pun malah ucapkan terima kasih. Hehehe tapi kat luar negeri jugalah Anwar suka melingkar tanpa pengetahuan Jijah!

October 13, 2012 at 1:03 AM

azizah mengamuk bila DS Rosmah brjya mndapat pengiktirafan dunia sedangkan beliau apa pun tak boleh..tak kterlaluan aku rsa klau aku ckap keperibadian DS Rosmah jauh lebih murni dri jijah omega xpun klau org melayu ckp jauh panggang dari api..yelah,cuba korang tgk spnjang beliau dikutuk,dicacai dan dilemprkn dgn pelbagai tuduhan DS Rosmah ttap cool jer mngkin pada beliau apa yg org nk ckp org blh ckp jnji beliau hrus mnjlnkn tnggjwb beliau utk mnjaga kebajikan rakyat..

berbalik kpd isu kedutaan malaysia pula,pada aku ni hnya lah salah satu luahan perasaan sakit hati pmbgkang bila semua krja2 kebajikan yg dilakukan leh DS Rosmah brjya mnarik minat ddunia luar..pmbgkang tak dapat mnrma hakikat yg DS Rosmah sntiasa brjuang demi kebajukan rakyat sebab tu diorng spin cerita ni kaw2!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger