Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan strategi pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut.
Jika ada pembaca yang masih ingat, antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk tingkahlaku.
Nampaknya, walaupun strategi tersebut telah pun bocor, PR tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang ‘valid’ untuk menyerang kerajaan.

Maka, Rosmah pun dijadikan isu utama oleh media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.
Baru-baru ini akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar semula pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan menggunakan wang rakyat.

Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan cincin RM24 juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran, kini PR menurunkan pula harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam tangan Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau, seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka belakang Suara Keadilan.
Yang peliknya, di muka 31 akhbar tersebut faktanya terbalik pula di mana ia menyebut, “Rosmah dilapor memakai subang bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya dianggar bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000.”
Lebih pelik lagi apabila di dalam media alternatif PR, hanya jam tangan yang dipertikai iaitu berharga RM350,000 dan kisah mengenai subang tidak pula digembar-gemburkan.
Kecelaruan fakta ini saja sudah cukup menunjukkan bahawa kisah ini sengaja diada-adakan mengikut ‘sedap rasa’ si penulis.

Hehe kak jijah jangan marah..dah nasib badan kena tipu dek laki kaki pembohong....Seterusnya baca d SINI
Post a Comment