Label 10

Home » » SEKRETARIAT PKPIM AGEN PAKATAN HARAM MENGHASUT MAHASISWA

SEKRETARIAT PKPIM AGEN PAKATAN HARAM MENGHASUT MAHASISWA

Written By AAKJ on Monday, September 24, 2012 | 2:00 PM


Sekretariat PKPIM Pusat
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Emel: pkpim_spp@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/pkpimalaysia
twitter: www.twitter.com/pkpim1



1.
 Sekretariat PKPIM Pusat ini begerak aktif dalam menyampaikan maklumat dan wadah pihak pembangkang untuk menyalurkan maklumat kepada para mahsiswa di kampus-kampus seluruh Malaysia. Bergerak atas dasar persatuan pelajar Islam, namun disebaliknya pihak pembangkang seperti PAS, PKR dan ABIM sebagai NGO’s terus meneraju persatuan ini.

2. Di Serkretariat ini juga menjadi markaz untuk para nakib usrah dan kepimpinan mahasiswa Islam untuk berkumpul dan bermesyuarat bagi mengerakkan para mahasiswa dan program serta aktiviti di kampus-kampus. Mereka tidak perlu lagi masuk ke universiti dan dengan hanya menggunakan rangkaian para nakib, maklumat tarbiah dan arahan gerak kerja terus sampai hingga ke akar umbi.

3. Berasakan dengan modul kepimpinan gerakan Islam untuk mentarbiah para mahasiswa dan juga program kemanusiaan dan aktiviti kemasyarakatan menjadi simbolik kepada persatuan ini lebih dikenali dan juga mudah untuk mereka bergerak menyusup masuk ke dalam kampus. Para mahasiswa mula tertarik dengan cara mereka dan aktiviti mereka namun, pemikiran mahasiswa membawa kepada pemikiran pembangkang dan lebih condrong membawa kepada sokongan pergerakan Islam seperti PAS.

                              

4. Kepimpinan mahasiswa persatuan ini juga kerap dilihat di markaz PAS dalam apa juga program PAS di Taman Melewar dan juga di rumah DSAI sendiri. Tidak lagi segan silu untuk menyatakan bahawa mereka menyokong penuh dasar politik pihak Pakatan Rakyat apabila ditanya, maka, jelas pembawakan persatuan ini lebih kepada mengkader para mahasiswa untuk terus bersama pihak pembangkang.

5. Pada Pilihanraya Kampus (PRK) kali ini juga dilihat peranan PKPIM dalam membantu para mahasiswa Pro M untuk terus bergarak dan menang dalam PRK ini. Mereka tidak perlu lagi masuk ke kampus untuk bermesyuarat atau mengatur gerak kerja, namun, sekretariat ini menjadi pusat penyebaran maklumat dan tempat pertemuan para pemimpin Pro M dalam mengatur gerak kerja PRK.  Segala bahan cetak dan makalah disediakan di sekretariat ini bagi memudahkan penyampaian maklumat terus kepada para mahasiswa.

6. Dimaklumkan kepada sumber, bahawa kewujudan persatuan ini menjadi nadi kepada DSAI dan juga kepimpinan pembangkang dalam usaha menarik mahasiswa untuk begerak berlandaskan gerakkan Islam. Mereka para kepimpinan PAS maklum dan diberi maklumat terkini apa juga aktiviti dan pergerakkan mahasiswa sebagai laporan mingguan dan bulanan. Ini bersandarkan kepada usrah-usrah yang dijalankan setiap minggu dan juga bulanan. Maka, sebagai sekretariat yang diamanahkan untuk menjadi nadi pengerak dan sumber pengumpulan maklumat ianya dilihat berjaya dilaksanakan kerana berselindung disebalik persatuan pelajar dan berselindung disebalik gerakkan dan aktiviti mahasiswa Islam.

7. Akhirnya, dicadangkan satu pemantaun perlu dibuat bagi membongkar kegiatan yang dilakukan para mahasiswa disebalik persatuan Islam yang lebih condrong kepada pihak PKR dan PAS. Mereka ini lebih menyalahkan pihak kerajaan dalam usaha membendung campurtangan politik didalam kampus namun, pihak pembangkang lebih teruk menggunakan persatuan pelajar Islam ini bagi mengerakkan aktiviti dan membasuh pemikiran pelajar dalam usaha menarik sokongan golongan muda terhadap Pakatan Rakyat.

8. Mahasiswa yang dikaburi ini terus menerus memberikan sumbangan mereka dalam usaha mengkader para mahasiswa lain di kampus tidak lain hanya untuk memberikan sokongan kepada pembangkang dalam saluran anak muda. Pihak universiti juga perlu peka dalam menangani isu ini walaupun dilihat segala aktiviti para mahsiswa ini kebanyakkannya sudah beralih diluar kampus. 

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger