Label 10

Home » » FOTO NGERI !! PEMBUNUH MURID SEKOLAH D HUKUM BAKAR HIDUP-HIDUP !! pergHHH !!

FOTO NGERI !! PEMBUNUH MURID SEKOLAH D HUKUM BAKAR HIDUP-HIDUP !! pergHHH !!

Written By AAKJ on Monday, September 17, 2012 | 9:00 PM




Lelaki Bunuh Budak Sekolah Dibakar Hidup-Hidup

Satu kumpulan perusuh membalas dendam terhadap seorang lelaki yang dikatakan pihak berkuasa membunuh dua kanak-kanak di sebuah sekolah rendah, semalam.Menteri Dalam Negeri, Mauricio Lopez Bonilla berkata, lelaki mabuk yang dikenali sebagai Julio Saquil itu menceroboh masuk ke sekolah di Tactic, Alta Verapaz, di utara negara itu sebelum menyembelih dua kanak-kanak dengan sebilah parang.

http://i.imgur.com/JNprI.jpg
Bonilla berkata, sekumpulan perusuh kemudian membawa Saquil, 35, ke halaman sekolah itu dan membakarnya hingga mati.“Dia berjalan masuk ke dalam sebuah kelas dan mula menyerang pelajar. Dia memenggal kepala seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun dan menyembelih seorang murid perempuan berusia lapan tahun dengan parang,” kata anggota bomba Tactic, Wilson Cahuec.
http://i.imgur.com/Ehdyj.jpg
Pihak berkuasa tempatan berkata, Saquil mempunyai sejarah terbabit dengan masalah dadah dan keganasan, tetapi mereka belum dapat mengenal pasti motif serangannya.Pihak berkuasa mengenal pasti murid yang mati itu sebagai Evelyn Yanisa Saquij Bin, 8, dan Juan Armando Coy Cal, 13.Mayat kanak-kanak itu mempunyai kesan kecederaan yang cuba mempertahankan diri.
http://i.imgur.com/H3Bgi.jpg
Sementara itu, Fox News melaporkan kumpulan perusuh terbabit terdiri daripada guru-guru dan penduduk tempatan.Hukuman tanpa perbicaraan bukan satu perkara luar biasa di Guatemala di mana bilangan polis agak kurang.Agensi hak asasi kemanusiaan negara itu pula berkata, 234 percubaan menghukum bunuh tanpa bicara berlaku tahun lalu dan sekurang-kurangnya 40 orang maut.
http://i.imgur.com/cWzB8.jpg
Ekoran perbuatan ganas itu, ketegangan semakin berleluasa di kawasan kejiranan tempatan yang mula bertindak melakukan hukuman sendiri.Baru-baru ini, empat lelaki yang disyaki mencuri ditangkap dan dibelasah oleh penduduk yang berang. Mereka menganggap kaedah hukuman yang dilakukan mereka lebih sesuai berbanding undang-undang pihak berkuasa.
-Xlupa
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger