Masalah sampah pun pakatan haram tidak mampu selesaikan. Lucu sungguh bila mereka bercita-cita mentadbir negara. Dengan merompak duit rakyat Selangor lagi RM14.5 juta mereka membeli 50 model lori kompaktor sampah yang sudah tidak dikeluarkan lagi , selain tanpa melalui pengedar tunggal peralatan berkenaan menimbulkan tanda tanya pada rakyat Selangor.
Rompakan bermula apabila keputusan yang dibuat untuk pembelian kompaktor tersebut kononnya dibuat secara terus dengan syarikat pengeluar di China tetapi persoalannya siapakah yang memutuskan pembelian itu. Peliknya model yang dibeli itu sudah diberhentikan pengeluarannya sejak tahun 1996. ”Jika benar model tersebut sudah tidak dikeluarkan, jenis apakah yang sebenarnya dibeli? Siapakah yang memutuskan pembelian tersebut? Sehingga kini, lori-lori kompaktor itu dikatakan masih belum sampai.
Adakah perasmian penggunaan kompaktor itu yang dilakukan oleh Menteri Besar pada Jun lalu hanya wayang untuk menutup isu sampah ? Laporan akhbar baru-baru ini memetik kenyataan dari pengedar tunggal model sama kompaktor yang dibeli oleh kerajaan negeri, Dong Feng Commercial Vehicles Sdn. Bhd., menyatakan model berkenaan sudah tidak lagi dikeluarkan. Wayang kulit apa yang pakatan haram cuba mainkan di sini. Memperbodohkan rakyat semata-mata kerakusan pakatan haram merompak Selangor.
Menurut laporan itu, pembelian kompaktor yang ketinggalan zaman itu dibuat oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), membabitkan kos RM14.5 juta bagi membantu 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) menyelesaikan masalah kutipan sampah di Selangor.Abdul Khalid mempertahankan keputusan pembelian 50 buah lori kompaktor tersebut, selain menyatakan ia memberi penjimatan kepada kerajaan negeri. Jimat ke beli barang yang dah “stop production”? Khalid ingat kita ni bodoh sangat ke?
Kerajaan negeri turut menafikan keputusan menyemak semula pembelian tambahan 50 kompaktor sampah buatan China membabitkan kos RM14.5 juta untuk menyelesaikan masalah kutipan sampah di Selangor mempunyai kaitan dengan dakwaan kononnya model itu ketinggalan zaman. Sebaliknya, beliau menjelaskan semakan semula itu merupakan satu amalan biasa bagi memastikan pembelian tersebut memberi pulangan wang kepada kerajaan negeri.
Setelah membatalkan kontrak Alam Flora, kerajaan negeri yang kononnya prihatin dengan masalah sampah rakyat dikatakan membeli 50 buah kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta. Kenyataan Menteri Besar semasa melancarkan pembelian kompaktor tersebut bahawa ia adalah bagi kegunaan PBT dan disewakan kepada kontraktor yang tidak mempunyai kapasiti, cukup mengelirukan kerana syarat untuk menjadi kontraktor kutipan sampah ialah sesebuah syarikat perlu memiliki kemudahan asas seperti kompaktor.
Post a Comment