Label 10

Home » » NAMA PENGENDALI AKAUN KLON FACEBOOK PEMUDA UMNO SUDAH D KENALPASTI !! ANJING YAHUDI RUPANYA !!

NAMA PENGENDALI AKAUN KLON FACEBOOK PEMUDA UMNO SUDAH D KENALPASTI !! ANJING YAHUDI RUPANYA !!

Written By AAKJ on Sunday, August 26, 2012 | 10:00 AM





Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah mengenal pasti satu hingga dua nama yang disyaki mengendali akaun Facebook bernama Pemuda UMNO Malaysia yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Khairy berkata, nama individu yang disyaki memiliki akaun Facebook tersebut akan diserahkan kepada polis untuk memudahkan proses siasatan.

``Ia diperoleh melalui hasil siasatan saya bersama-sama rakan-rakan yang lain dalam Pemuda UMNO. Nama berkenaan akan diserahkan kepada polis.

``Saya ingin menegaskan bahawa laman Facebook yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ini tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Pemuda UMNO. Saya juga belum tahu sama ada mereka itu ahli UMNO atau sebaliknya,'' katanya ketika menghadiri majlis rumah terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah di Bangunan Puspanitapuri di sini hari ini.

Sumber mendapati Polis telah memulakan siasatan berkenaan dengan kewujudan satu akaun laman sosial Facebook, yang menggunakan nama Pemuda Umno dan memaparkan mesej berbaur hasutan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi  dan Multimedia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, "kita masih menyiasat kes ini dan akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak."
“Setakat ini, kita hanya menerima satu laporan berkaitan kejadian tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger