Pakatan Pembangkang khususnya Anwar al-Juburi, Azmin Ali, Rafizi Ramli, Mak Lampir dan pemimpin PKR harus membaca kenyataan di bawah bahawa ekonomi Malaysia dalam keadaan baik dan terurus.
Ini sekurang-kurangnya dapat merungkai dan memberikan pengajaran kepada mereka betapa pemimpin BN ‘bijak’ dalam mentadbir ekonomi negara yang selama ini banyak menyebarkan fitnah kononnya hutang negara kini lebih 75 peratus.
Dari mana PKR dan Pakatan Pembangkang mendapat angka itu kebiasannya adalah rekaan bagi mengaburi pemikiran rakyat dengan usaha menjatuhkan reputasi kerajaan BN. Hakikatnya dengan mengambil kira buku Jingga yang menjadi manifesto Pakatan Pembangkang, nescaya negara akan muflis dalam tempoh dua tahun.
Hutang Malaysia masih terurus kerana ia berada di bawah 55 peratus berbanding nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.
Katanya, hutang negara 53.8 peratus bagi tahun lepas berada pada jajaran apabila kerajaan meneruskan usahanya menurunkan paras defisit fiskal.
"Dengan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), kita berada pada trajektori yang betul dan terus mengurangkan paras defisit setiap tahun.
"Bagi 2012, kami menyasar mengurangkan lagi defisit fiskal kepada 4.7 peratus daripada 5.0 peratus daripada KDNK tahun lepas," katanya kepada pemberita di luar jadual Hari Terbuka GTP Roadmap 2.0 di sini hari ini.
Sambil memberi contoh projek Transit Pantas Massa, Idris berkata, walau pun kerajaan perlu mengumpul dana bagi projek itu, ia masih berupaya memastikan paras hutang berada di bawah 55 peratus.
"Kita pinjam bagi melaksanakan pelaburan (bermatlamat) untuk mengembangkan KDNK dan ekonomi. Paras hutang itu akan secara langsung dikurangkan. Tidak seperti Greece, mereka meminjam banyak wang tetapi ekonominya mengecut," katanya.
Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), berkata KDNK Malaysia 4.7 peratus pada suku pertama masih mengembang, manakala KDNK Singapura hanya berkembang 1.4 peratus berikutan kemelesetan di dalam ekonomi global.
"Ini baik...dengan lebih banyak pelaburan mengalir masuk dan petunjuk yang positif," katanya.
Hari Terbuka GTP Roadmap 2.0 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu bermatlamat mengumpul maklum balas dari orang ramai dan menyediakan asas bagi dilakukan semakan semula bagi Pemandu.
GTP Roadmap 2.0 digubal selepas Pemandu melakukan satu siri makmal, yang diadakan selama enam minggu pada April dan Mei, bagi mengenal pasti isu-isu dan peluang bidang pertumbuhan baharu, yang boleh dilaksanakan di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA).
Seelok-eloknya pemimpin PKR datanglah ke penerangan PEMANDU bagi mengetahui ekonomi sebenar negara dan jangan tunjuk terror pasal ekonomi jika mentadbir air di Selangor pun bermasalah.
Post a Comment